Assalamualaikum. Apa khabar semua? Kali ini saya nak sambung entri saya mengenai Paris pula. Sebelum ni duk cerita pasal bandar Lyon kan? Maaf kalau blog saya panjang sangat. Ini akibat teruja sangat dan tak pernah terbayang pun dapat pergi sana. Dah balik ni pun rasa macam mimpi pun ada. Jadi untuk duduk di dunia yang nyata, saya kena la tulis dalam blog.
Ok, cerita mengenai Paris, saya kena naik train pukul 4 petang dan sampai ke kota Paris dalam pukul 6 petang. Dari hotel mecure hingga ke train kena naik teksi dan bayar dalam 30 euro bersamaan rm150. Ya, sini semua mahal sebab duit kita jatuh banyak sangat. Tak mampu nak shopping bagai..
Sampai di train station terus tunggu train sebab suami dah beli tiket online dan kami printkan slip di hotel tadi. Berbanding negara Sweden, sini tak user friendly. Tak banyak signage bahasa inggeris. Kebanyakkannya bahasa perancis. Konfirmlah tak faham kan? Kami sampai je terus tengok skrin nak naik platform mana. Dah la beg ada 1 luggage besar dan 2 luggage hand carry. Memang azab la nak tarik. Di tambah dengan anak2 serami 3 orang. Yang baby memang baby wearing la. Tak larat mama nak dukung.
Suami panggil saya bibik sebab berkain bagai tapi saya tak kisah. Janji senang nak travel dengan tarik 1 hand carry dan jaga anak2 lagi. Suami uruskan 2 beg yang lain. Masa dekat platform tu memang takut sikit sebab mak saya kena ragut 2 kali di Paris masa dekat train station la. Mak pesan suruh avoid train station tapi tak dapat nak elak sebab itu la pengangkutan utama ke Lyon dan Paris.
Nak dijadikan cerita masa saya tunggu dekat platform tu ada la makcik negro ni duk cakap kuat kuat take care of your bags ya! saya pun risau sebab dia cakap seolah olah tujukan pada saya. Lepas tu train pun sampai. Saya suruh anak anak naik dulu sambil saya dukung anak pakai sling dan tarik 1 hand carry bag.
Waktu tu ada mat salleh perempuan duk macam pegang bag hand carry saya. Saya pun toleh tengok dia. Siap cakap apa kena ni? rasa dah jari dia duk pegang zip bag. Saya pakai bag sling senang nak usung ke mana mana. Lepas tu mat salleh pun lepaskan tangan dia dari beg saya. Beberapa saat lepas tu terdengar jeritan seorang jejak marah marah sambil panggil saya. Cuak juga kerana orang france memang cakapnya perlahan. Tak kuat tiba tiba jerit jerit saya pun terperanjat. Saya tak faham jadi ada la seorang mamat ni cakap dia tanya ada benda hilang tak sebab budak perempuan 3 orang ni cuba meragut awak.
Saya pun periksa alhamdullilah tak ada benda hilang. Suami saya dah jauh di belakang. Rupanya mamat security ni duk tolak suami untuk tangkap penyamun ni. Mak saya pesan diaorang memang meragut secara berkumpulan jadi kena hati hati tapi orang perancis sendiri akan bantu jadi sebanyak 2 kali mak kena ragut alhamdullilah dapat balik dompetnya.
Memang potong mood saya nak buat apa apa dalam train. Perjalanan dalam train terasa sungguh lama.. Tapi apa apa pun syukur sangat tiada benda yang hilang.. Meh saya belanja gambar dalam train..
Nasib baik anak anak lena dalam train.. lama kot nak tunggu 2 jam..
Ini tengah beratur tunggu taxi nak ke Harvey Hotel di Paris. Baby pun tertido kepenatan.
Ini dekat hotel harvey. Memang besar hotelnya.. RM800 semalam.
Bilik air dia pun besar.
Puas la anak saya duk mandi dalam bath tub ni..
Selesa sungguh duduk hotel ni. Dah la besar, boleh basuh kain dan sidai kain dalam bilik air dan dalam bilik lagi. Cepat kering. Kalau ada rezeki pergi Paris lagi confirm saya akan menginap di hotel ini.
Hari pertama sampai masing masing penat jadi malam tu tak pergi mana. Semua pakat tido dalam bilik. Esok pagi kami pergi cari breakfast sebab hotel kami tak ambil dengan breakfast. Jalan jalan jumpa la cafe latelier.. tak tau la sebut macam mana. Makan roti salmon mentah dengan sayur. Anak sulung saya duk sebut sedap sedap. Mama yang tak lalu tekak duk telan..
Ini la kedainya. Murah dan sedap makanannya. kopi pun baru 1.50 euro. ok la kan?
Dari Harvey Hotel belok kanan dan akan jumpa kedai ini. 5 minit je jalan kaki. Kami silap percaturan sebenarnya kalau kami jalan kaki sebelah kiri lagi banyak kedai kebab, mac donalds dan sebagainya. Metro pun 5 minit je jalan kaki dari hotel kami. Ini lah namanya booking malam sebelum nak tido di Paris. Asalnya adik nak bookkan melalui Air bnb tapi semua back off last minute. At last malam last di Lyon saya pun masuk agoda dan dapat hotel ni. Ada hotel yang lagi murah tapi semua dah fully book sebab kami ni last minute sangat..
Nak buat macam mana kan? suami memang kena outstation mesti last minute punya.. sigh.. Kami tido Paris 2 malam je. Itu pun rasa sekejap je sebab sampai pukul 6 petang tapi tido awal sebab anak2 dan suami kepenatan selepas 1 hari bekerja semalam.
Ada orang bagi tips kalau bawa budak kecil memang kena ikut timing diaorang. Tak boleh nak ambil tourist guide sebab penat anak anak nanti kita yang tak larat nak layan kerenah mereka nanti. Alhamdullilah bila ikut tips ni holiday jadi lebih tenang dan mudah. Betul banyak tempat tak boleh nak lama lama tapi bila bawak budak kecil orang eropah memang selalu utamakan kami.
Masa di kastam pun kami dapat jalan dulu sebab bawa anak anak kecil. Harus diingatkan di sini kami naik flight airbus seramai lebih kurang 800 orang jadi bayangkan macam mana nak lepas kastam dengan orang seramai itu? mau berejam baru clear tapi disebabkan kami ada anak anak kecil maka kami diutamakan. Alhamdullilah..
Ramai orang cakap payah bawa budak kecil sekali tapi pada saya lebih baik bawa anak2 sekali kerana dah tentu saya akan demam kalau 1 minggu berjauhan dengan anak2. Lagipun tak ada sesiapa yang sanggup nak jaga mereka selama 7 hari.. Senang bawak anak anak kecil kalau kita utamakan mereka dahulu. Anak2 saya boleh tido di mana mana jadi agak mudah nak bawak berjalan.
Mungkin sebab mama dan papanya selalu bawak jalan jalan di Malaysia jadi mereka lebih mudah nak adapt dengan situasi sekeliling mereka.
Ok, sekarang baru nak masuk mengenai hal bas hop on dan hop off. Ada banyak bas disitu. Dari semahal bas yang ada wifi dalam setiap bas dan semurah bas yang hanya ada setiap 25 minit tapi ok la sebab nak sight seeing kan? Nama bas yang kami naik paling murah. Namanya Foxity. Dia ada promosi dari 20 euro dia turun ke 18 euro tour dari pukul 10 pagi hingga 7 petang untuk 3 hari berturut turut. Kanak kanak 5 euro seorang tapi disebabkan saya pakai tudung dan kebanyakkan pemandu bas ini orang islam confirm kami dapat free untuk kanak kanak.
Tak ada gambar bas yang clear tapi bas kami yang warna oren tu.
Kami naik dan terus ke rooftop.
Selesa dan boleh nampak lebih jelas kota Paris bila duduk di atas.
Bas bas di Paris ada banyak. Terpulang anda nak ke mana. Saya memang nak ke Eiffel tower sahaja dan suami memang nak ke Hard Rock Cafe untuk beli t shirt koleksi dia tu.. jadi okey la foxity ni. ada website dia anda boleh tengok di www.foxity.com
Hotel kami memang dekat dengan Arc De Triomphe Louis Vuitton jadi kami naik dari sana. Beli bas masa nak naik bas. Sediakan duit secukupnya ya? Dia akan bagi earphone untuk dengan penerangan mengenai Paris tapi saya pakai kejap je lepas tu baby sibuk nak main.
Arc De Triomphe Louis Vuitton. Kami ambil bas di belakang monumen ni. Tak boleh lintas jalan jadi kami turun bawah tanah untuk ke sebrang jalan.
Lepas itu bas ke Champ Elysees Disney Store. Kalau ikut tourist guide cakap ini adalah jalan paling mahal di dunia jadi kami decide untuk tidak turun kerana memang la tak mampu nak shopping dekat sini dan anak anak pun confirm tak nak..
Antara kedai yang mahal di Champs Elysees. Lv kot!
Lepas lalu jalan ni kami pun turun di Eiffel Tower. Tempaat yang dinanti nantikan. Oleh saya lah kan? hihihi..
Gambar ini diambil oleh seorang pelancong korea. Cantik kan Eiffel Tower? Macam dalam studio je gambar ni..
Ini hard rock cafe Paris. Punya lah ramai orang. Kami terpaksa duduk dekat pintu sementara tunggu suami pilih baju dia.
Punya lah ramai orang dalam kedai ni. Ini bahagian kedai barang barang. Dalam tempat makan lagi la ramai orang. Mas pergi Hard Rock Denmark pun tak ramai macam ni. Mau pengsan menunggu.
Sudut tempat kami menunggu..
Selesai di sini kami pun makan kebab di seberang jalan. Murah dan ada juga hidangan nasi di kedai itu. Tak ingat pula nama kedainya. Makan dalam 6 hingga 12 euro. Reasonable jugak. Nak kena sini kami terpaksa jalan kaki sikit dari Grands Magasins Place de l'Opera.
Ini dia Grands Magasins Place de l'Opera
Kemudian kami ke Pyramide du Lourve. Memang teringin sangat nak ke sana sejak tengok Tom Hanks berlakon dalam cerita The Da Vinci Code. Memang teringat ingat la..sampai sini terus sibuk bergambar.
Aduh. Memang masih lagi terasa bagai mimpi dapat ke sini.
Mimpi jadi nyata. Time kami di sini rupa rupanya ada bom seminggu sebelum tu jadi ada banyak polis dan askar berkawal di sini. Takut pun ada waktu tu sebab ramai sangat. Alhamdullilah tiada apa apa kejadian tidak diingini berlaku.
Oleh kerana adik ada pesan beg Furla jadi kami pun ke kedai yang ada banyak di situ. Nama tempat tu Musee du Lourve.
Ini la kedainya. Sales person pun peramah dan baik hati. Orang Thailand. Layan memang baik. Saya siap pakai wifi kedai dan video call adik tanya handbag mana satu dia nak sebab dia nak kahwin bulan 9 ni dan nak buat hantaran kahwin.. Masa ni waktu petang dekat Malaysia dah 1 pagi. Nasib baik dia angkat telefon.. hihihi..
Ok. Habis je shopping sini kami pun tunggu bas dan balik ke hotel. Ya, Allah penatnya berjalan satu hari suntuk sight seeing.. tapi memang berbaloi la.. kemudian waktu malam kami pergi keluar balik cari dinner kebab. Kami belok kiri dari hotel dan pergi ke sana. Murah juga kebab dan nasinya dalam 10 euro.
Kemudian kami jalan lagi sebab nak beli air mineral murah punya pasal. Dapat la dalam 0,45 euro. Kalau kedai biasa 1 euro botol kecil. Ini dapat botol besar. Kira ok la kan? Sini panas dan kering jadi kena la minum air masak banyak sikit..
Kami balik bilik dalam pukul 10.30 malam. Itupun anak sulung saya duk sebut mengantuk la mama bila nak sampai hotel ni? kesian dia. Memang kepenatan hari ini. Nasib baik la dia nak juga jalan kalau tidak siapa la nak dukung dia.
Esoknya kami check out awal untuk makan breakfast di Mc donalds. Tak la murah sangat tapi banyak pilihan. Disebabkan tak boleh makan daging dan ayam kami pun order fish and chips sahaja. Menariknya mc donalds sini boleh tukar fries ke baby tomatoes, fries ke salad dan diletakkan cuka di dalamnya. Buah buahan dan untuk kids meal boleh pilih nak buku ataupun permainan. Nak order makanan pun melalui skrin besar dan kemudian ambil makanan di kaunter.
Ini la skrin besar tu..
Salad dia. Menarik kan?
Lepas makan kami pun terus minta hotel panggilkan teksi ke airport. Rate airport sama sahaja di Paris ini iaitu 50 euro. Flight balik pukul 2 petang tapi kami ingin pergi awal supaya boleh claim VAT iaitu pelepasan cukai setelah penat membeli belah. Ingatkan lama sebab haritu di Sweden lambat sebab kami minta cash tapi rupa rupanya kalau pakai kad kredit lagi cepat cuma dapatnya dalam 4 minggu. Jadi kalau nak duit cepat payah la. Kalau cash dapat 10 percent manakala kad kredit 12 percent.
Kami pun lepak la dekat airport dia. Beli air kopi dekat mesin. Memang ketagih kopi dia padahal memang tak minat minum kopi. Penangan kopi di Denmark dulu.. Kami solat di ruang menunggu kapal terbang. Bentang je sejadah di kerusi berdekatan dan solat. Tidak menjadi masalah dan orang ramai pun tak cakap apa2.
Flight balik memang memenatkan berbanding dengan flight datang sebab semua seat penuh. Hari kami balik hari Ahad jadi al maklum la kan? Sepanjang flight balik saya terpaksa pangku baby sampai lenguh la tangan. Nasib baik ada transit. Flight dari Doha ke KL semua flat. Tido sahaja kerana semua dah kepenatan cuma baby je menangis pampers penuh, susu dan penat badan.
Sampai je di Malaysia teksi lambat kena tunggu lagi. Call uber tapi semua tak nak hantar ke Kapar. Jadinya ambil teksi KLIA je. Sampai rumah dekat maghrib. Esoknya pergi kerja. Memang jet lag sebab perubahan cuaca dan waktu.
Secara keseluruhan memang saya enjoy trip ke Paris walaupun adhoc dan hanya ada 2 jam je nak packing baju satu family.. Diharap anda semua enjoy membaca entri yang panjang berjela ini.