Ini masa mula2 adawiyah belajar jalan.. mase tu baru setahun.. dengan gembiranya dia berjalan sambil pegang bekas di sebelah.. Adawiyah hanya pandai berkata papa dan dia panggil mama dia mami walhal aku mengajar dia mama.. mami mcm mami monster la pulak.. dia budak yg bijak.. kalau dia kena marah pandai merajuk tapi pandai pujuk mama dia seperti cium mama dia dan peluk kalau saya marah dia.. doakan adawiyah jadi anak yang solehah ye?
Monday, May 30, 2011
Suka suki Nor Adawiyah Binti Amzari
Ini masa mula2 adawiyah belajar jalan.. mase tu baru setahun.. dengan gembiranya dia berjalan sambil pegang bekas di sebelah.. Adawiyah hanya pandai berkata papa dan dia panggil mama dia mami walhal aku mengajar dia mama.. mami mcm mami monster la pulak.. dia budak yg bijak.. kalau dia kena marah pandai merajuk tapi pandai pujuk mama dia seperti cium mama dia dan peluk kalau saya marah dia.. doakan adawiyah jadi anak yang solehah ye?
Thursday, February 3, 2011
Cara menyusukan bayi melalui botol bagi ibu yang menyusu badan..
Menurut kajian pakar laktasi di Amerika Syarikat, masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan botol pertama kepada bayi adalah ketika dia berumur antara empat hingga enam minggu. Ini dapat memastikan penghasilan susu anda sudah pun stabil dan seterusnya dapat mengurangkan risiko bayi keliru puting. Menunggu terlalu lama sebelum memperkenalkan botol pertama kepada bayi boleh menyebabkan dia lebih gemar menyusu menerusi payu dara dan berkemungkinan menolak botol sama sekali.
Dalam pada itu, pastikan apabila bayi sudah boleh menerima botol, jangan pula ia dijadikan amalan. Gunakan botol hanya apabila anda terpaksa berpisah dengan bayi! Bila bersama bayi, anda perlu menyusukannya terus dari payu dara. Anda tidak seharusnya memberikan botol
sebagai satu tabiat harian jika anda tidak selalu berpisah dengan bayi kerana ia akan
mempengaruhi penghasilan susu. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bahawa
bayi anda tidak lupa dan dapat terus menerima botol anda dinasihatkan untuk
memberikannya botol sekurang kurangnya satu atau dua kali dalam seminggu. Contohnya,
jika anda sedang bercuti panjang.
Anda juga dinasihatkan ntuk menggunakan puting yang alirannya perlahan supaya
walau berapa pun usianya, dia tetap harus berusaha apabila menyusu dari botol. Botol yang
mempunyai leher lebar (wide neck) dikatakan paling sesuai untuk bayi yang menyusu
badan. Antara tip yang dapat dikongsi ialah:
Gunakan puting jenis silikon dan bukannya lateks kerana bayi mungkin tidak suka pada rasa
atau baunya.
Seelok-eloknya alirkan air suam pada puting sebelum memberikannya kepada bayi.Pastikan susu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Anda digalakkan untuk banyak bergerak apabila
memberikan botol kepada bayi. Ini dapat mengalihkan perhatiannya.
Posisi yang disyorkan apabila anda cuba untuk memberikannya botol adalah
menghalakan bayi ke hadapan dengan belakangnya di depan dada anda dan bukan posisi
cradle yang biasa.
Anda tidak seharusnya menyumbat puting ke dalam mulutnya, sebaliknya
membiarkannya menarik puting itu sendiri ke dalam mulutnya
Biasanya bayi akan lebih mudah menerima botol apabila mereka separa sedar. Contohnya, ketika baru bangun tidur atau hendak tidur.
Paling penting! Jangan memaksa bayi kerana ini akan menyebabkan dia menolak botol
sama sekali. Anda perlu banyak bersabar dan jangan berputus asa kerana ini memerlukan
banyak latihan. Sebagai panduan, jangan memberi botol lebih daripada 10 minit setiap
masa. Jika bayi marah dan menangis, anda harus berhenti dan cuba lagi di lain masa.
Ketahuilah! Jika bayi menolak botol sama sekali anda boleh menggunakan kaedah
lain seperti menggunakan sudu, cawan, picagari atau finger feeder (meletakkan tiub halus di
jari anda). Selamat mencuba!
Cara-cara untuk bercerai susu..
Apakah itu bercerai susu?
Bercerai susu membawa dua makna:
- memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bayi;
- menghentikan penyusuan badan atau botol.
. Dalam artikel ini, kita bercakap tentang menghentikan penyusuan badan. Anda boleh mendapat maklumat tentang makanan-makanan pertama bayi dalam artikel kami memperkenalkan pepejal.
Adalah baik jika anda tidak memberikan bayi anda makanan selain susu ibu bagi enam bulan pertama dalam kehidupannya. Selepas itu, anda boleh mula memberikan dia pelbagai makanan termasuk juga susu ibu.
Apabila usia bayi anda sekitar satu tahun, dia akan mendapatkan semua nutrisi yang diperlukan dari makanan. Jadi, pada masa itu anda mungkin boleh membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan badan sama sekali. Ini diberi nama menceraikan bayi dari tetek anda.
Jika anda mahu menghentikan penyusuan badan cara perlahan-lahan sebelum bayi berumur satu tahun, anda perlu menggantikannya dengan susu formula. Anda boleh mencampurkan susu ibu dan formula semasa bayi anda membuat transisi ini.
Penyusuan badan adalah masa yang amat istimewa dalam kehidupan seorang ibu, dan menghentikannya merupakan satu pengalaman penuh emosi. Anda mungkin sedih yang tempoh masa ini sudah selesai, tetapi juga gembira sebab mendapatkan kembali badan anda.
Berita baik ialah bahawa bercerai susu tidak akan menamatkan ikatan mesra yang anda dan bayi telah jalinkan sepanjang tempoh menyusu. Sebenarnya, penyusuan badan merupakan permulaan dalam hubungan istimewa anda berdua.
Bilakah masa yang sesuai bagi bayi saya bercerai susu?
Itu terpulang kepada anda sendiri. Anda mungkin mahu mempertimbangkan bahawa pakar-pakar penyusuan badan mengesyorkan perceraian yang digerakkan bayi. Ini bermakna membiarkan bayi anda atau anak bertatih menentukan bila dia mahu berhenti menyusu tetek.
Bagi anak anda, penyusuan badan bukan bermakna mendapatkan makanan semata-mata. Ia adalah cara untuk merapatkan hubungannya dengan anda, dan menerima keselesaan dan rasa selamat. Jika anda biarkan dia berhenti mengikut perkiraannya sendiri, kemungkinan yang anda akan menghadapi masalah berkurangan.
Bagaimanakah saya mula menceraikan susu?
Sebaik saja bayi anda memakan berbagai jenis makanan, anda akan mendapati dengan sendirinya dia kurang meminta susu badan. Jika anda mahu membantu menggerakkan proses ini, ikutilah langkah-langkah ini:
Langkah satu: Biarkan bayi menghabiskan penyusuan sepenuhnya, kemudian berikan dia hidangan kecil makanan. Di ketika ini anda hanya membolehkan bayi anda menguji rasa-rasa dan tekstur. Dia masih mendapatkan kebanyakan makanannya dari susu ibu.
Langkah dua: Sebaik saja bayi anda mula makan dengan baik (tandanya kelihatan daripada najisnya), barulah anda membuat beberapa pertukaran. Cuba dengan beberapa sarapan dahulu; berikan dia makanan sebelum menyusukannya. Lepas itu, anda boleh berikan makanan dahulu sebelum menyusukan dan lakukan ini untuk setiap kali penyusuan.
Langkah tiga: Lama kelamaan, berikan bayi anda air dalam bikar bermuncung lembut untuk menggantikan penyusuan badan.
Berapa lamakah masa untuk bercerai susu?
Anda akan mendapati yang anda mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk menghentikan penyusuan badan, terutama sekali jika bayi anda pun sudah mula bosan dengannya. Atau anda mendapati ianya mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan, atau sehingga enam bulan, atau satu tempoh antara jarak ini.
Memang setiap kes itu berbeza, dan semuanya bergantung kepada berapa cepat dan berapa senang bayi anda membuat penyesuaian. Bercerai susu akan mengambil masa lebih lama jika anda mencubanya sebelum bayi anda bersedia.
Adalah baik jika anda tidak menghentikan penyusuan badan dengan serta merta, sebab ianya akan mengganggu bayi dan membuatkan anda tidak selesa. Anda akan mengalami payudara bengkak dan kemungkinan mastitis, satu penyakit radang tetek (WHO 2000).
Pendekatan yang tidak tergesa-gesa adalah yang paling baik. Namun begitu, berapa cepat pun anda cuba bercerai susu, anda masih perlu mematuhi tiga langkah yang digariskan di atas.
Jika anda berbuat demikian, bekalan susu anda akan mengurang apabila permintaan baginya turun.
Macam mana jika bayi saya tak mahu behenti menyusu?
Jika bayi anda tidak menunjukkan tanda dia mahu berhenti menyusu, bersabarlah. Dia suka berada di tetek anda sebab itu menenangkan dia di samping memberikannya makanan. Dengan pertimbangan ini, anda boleh membantu dia menyesuaikan diri:Beri keselesaan dengan cara-cara lain
Dengan perlahan, gantikan penyusuan badan dengan cara-cara lain untuk memupuk anak anda. Jika anda lazim menyusukan bayi anda untuk menenangkannya, cuba pula cara lain untuk membuat dia tenteram. Anda boleh membaca buku bersama-sama, nyanyikan dia, atau main mainan sebagai alternatif.
Cuba lewatkan penyusuan
Melewatkan penyusuan adalah efektif jika anak anda itu lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak bertatih anda minta disusukan, katakan yang anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang, dan beritahu dia yang dia mesti tunggu sampai masa tidur.
Pilih masa anda
Peristiwa besar dalam hidup membuatkan bercerai susu lebih susah. Adakah anak anda sakit baru-baru ini? Selalunya bayi yang tidak sihat mahu menyusu lebih kerap. Sebenarnya, penyusuan badan mungkin mendatangkan kebaikan untuk bayi yang sakit.
Begitu juga jika anda baru kembali bekerja, atau pindah rumah, anak anda mungkin masih menyesuaikan diri kepada pertukaran itu. Jika demikian, mungkin sekarang bukanlah masanya untuk membuat perubahan besar dalam kehidupan anak anda. Cuba lagi dalam masa sebulan. Lambat laun, ianya akan berlaku.
Sunday, December 19, 2010
Shopping Sakan..

Yang dekat bawah ni pulak almari Adawiyah.. kelakarkan sebab gambar Doraemon.. nak beli gambar lain tapi mahal la pulak jadi beli jek yg ini sebab murah.. harga RM150.. boleh tahan gak.. atas tu tilam papa Adwiyah masa zaman bujang.. entah bila nak dibuang masih belum diketahui.. baik tak baik mama dia pegi buang tanpa papa Adawiyah tahu.. hehehe..

Aku pulak dapat handphone baru sebab handphone lame dah rosak dihisap oleh Adawiyah.. Orang handphone tu kate komponen dalam tu dah karat sebab air liur anak aku.. isk isk isk.. teruk betul la.. handphone tu aku syg giler.. walaupun tak secanggih i phone dan sebagainye tapi itula hantaran suami aku buatku.. sekarang aku pakai nokia yang harga dia tak samap i RM300 pun.. janji boleh pakai sebab lambat laun akan dihisap oleh anak jugak.. kui kui kui.. gambar tiada sebab kamera tak ada.. heehehe..
suami aku pulak pegi tukar absorber, sportrim dan tayar kereta.. semuanya dlm RM1000... tapi mmg berbaloi sbb kereta tu dah dkt 4 tahun tak tukar2 absorber dia dan sportrim tu pulak dah lebih setahun bengkok.. tayar mmg kena tukar pun sbb dah haus.. sportrim kitaorg pakai myvi punye jek.. nak saving la katekan.. mula ingat nak beli kereta baru tapi disebabkan hutang kereta lagi 5 tahun jadi pakai je la kelisa.. nanti dah keluar baby satu lagi baru fikir beli kereta lain..
Ah! satu lagi, motor laki aku yang kawasaki ninja tu kitaorng baiki.. konon nak jual la supaya ada duit lebih.. dlm RM1000 lebih gak la untuk baiki.. harap2 dapat la jual motor tu.. leh pakai duit tu untuk benda lain.. bila baca balik blog aku byk betul aku pakai duit bulan ni.. takpe la.. yg penting bukan beli benda2 yg tak berfaedah.. lepas ni fikir nak beli baju baru untuk Adawiyah sbb kebanyakkan baju dia dah tak muat dah.. Dia dah semakin panjang.. hmm..
Tuesday, December 14, 2010
video adawiyah
ni saje je nak letak video adawiyah.. dia sekarang dah byk cakap.. papa dia ckp byk ckp mcm mama dia.. hehehe..
Alhamdullilah
Terase islamic la pulak tapi kekadang kita ni kena reflect balik segala perkaraa yang berlaku adalah supaya kita kembali kepada yang maha esa.. aku sedar aku byk leka dan alpa dgn semua nikmat yang allah dah beri.. dulu takde anak, nak anak, sekarang ada anak complaint pulak.. isk,isk,isk.. jangan salah sangka, bukan aku tak sayang anak aku cume kekadang i need time off.. i need me time.. bunyi mcm selfish tapi itulah kenyataannya.. hari ni aku hantar adawiyah ke taska.. bila dia takde aku rase sunyi sbb almklum cuti sekolah sekarang ni kan.. bila aku ada time off mmg aku appreciate dia lebih.. mungkin perpisahan yg sekejap akan mengajar kita untuk bersyukur atas kehadirannya..
Aku seronok tgk Adawiyah membesar.. aku kekadang lupe untuk bersyukur.. allah dah bagi semua yg aku minta tapi aku tak jugak nak bersyukur.. dulu sebelum aku kahwin mmg aku bagitau dkt diri aku supaya aku berikan sepenuh kasih sayang kepada anak aku.. aku tak nak dia jadi macam aku.. selalu menagih kasih sayang ibu bapa yang jarang aku dapat.. mak dan arwah ayah asyik bergaduh jek.. adik beradik pulak 8 orang.. mane nak dpt kasih sayang.. aku nak adawiyah rase kasih sayang kedua2 org tuanya.. mungkin i am trying too hard, i don't know..
Akhirnya aku sedar bahawa i am only human.. allah yang menentukan semuanya.. aku hanya boleh merancang.. itulah sebabnya kita dinamakan hamba allah.. aku cuma berdoa dan berharap agar adawiyah menjadi anak yang solehah.. Alhamdulilah.. itu satu kalimah yg harus aku lafazkan supaya aku sentiasa ingat padamu ya Allah..
Thursday, December 9, 2010
Cuti sekolah
Lame giler tak update blog.. sekarang dah 9 december 2010.. hari ni harijadi adik saya yang paling bongsu.. sabariah namanya..yang tengah sekali dalam gambar di atas.. minta datang rumah malam ni tapi hubby keje esok, so hari sabtu je la baru datang rumah mak.. rumah mak bukannya jauh sgt tapi jam yang tak tahan.. tol lagi.. so buat Sabariah, happy birthday yang ke 19 i think... may ur life be filled with love and happiness.. amin..Pejam celik dah dekat sebulan cuti sekolah berlalu.. saya agak sibuk mengemas rumah yang betul2 berhabuk dan berselerak.. orang cakap ada anak kecil susah nak berkemas.. memang betul, jadi apa yang saya lakukan ialah menghantar Adawiyah ke taska setiap kai saya nak mengemas rumah.. tak lama pun.. pukul 8 pagi hantar dan dalam pukul 12.30 saya ambil dia balik.. bukan ape.. kalau tak hantar langsung, nanti dia susah nak ke taska tahun depan.. jadi setiap minggu at least 2 kali saya akan hantar adawiyah ke taska..
Ingat nak train di botol sebab kadang2 dia ok dgn botol, kadang2 tidak.. jadi ape yg saya lakukan sekarang ialah memberikan susu perahan menggunakan cawan atau sudu.. alhamdulilah ok dan cikgu dia di taska pun ok.. saya ingat cuti boleh relaks tapi rupanya tidak.. banyak betul kerja2 yang tergendala yang perlu dilaksanakan sebelum tahun depan..
Cuti baru ni saya ada pergi ke MAHA di Sepang.. punya la ramai orang.. nasib baik luas kawasan.. borong kuih lapis Sarawak.. sayangnya kuih lapis Cadbury yang dicari tidak dijumpai.. ada yg jual kuih lapis Cadbury tapi rasenye tak sama dgn yg mak beli dulu.. nampak gayanye kena pegi Sarawak la beli ni.. ada la alasan nak ke sana nanti.. hehehe..
Adawiyah dah 8 bulan 1 hari, harini.. dia semakin aktif dan semua benda nak dipanjatnye.. ibu jari kaki mama dia pun nak dihisap.. gigi nak tumbuh tapi tak keluar2 lagi.. tengok gelagat dia memang menghiburkan.. malas pulak nak mengajar tahun 5 tahun depan.. takpe.. demi anak bangsa aku rela! hehehehe..

ni gambar dekat pizza hut sentul.. aku baru beli pouch letak adawiyah dalam dia.. aku beli dekat littlewhiz.com.. dkt setiaalam.. mase aku pegi MAHA tu adawiyah siap tido dlm puoch tu berbaring.. seronok pulak aku.. mmg tak penat sbb tangan dua belah free nak buat ape2.. siap aku pegi Jusco one utama ada couple cina ni tegur aku mane aku beli pouch ni.. siap interview lagi.. ok tak pakai.. selesa ke.. kelakar pun ada.. tapi ape2 pun mmg selesa.. okeylah.. aku kena pegi.. sikit lagi Adawiyah bangun.. nanti tak sempat nak post blog ni..