Thursday, January 21, 2010

Alhamdulilah.. Semuanya rezeki baby..

Firstly, aku bersyukur sangat ke hadrat Allah kerana memberiku banyak rezeki yang selama ini tudak ku sangka2.. Mula-mula sekali, aku dapat posting ke SK Bukit Kapar yang terletak 10 minit dari rumahku.. Memang tak sangka boleh dapat dekat.. Yelah, dah 2 tahun berjauhan dengan suami, macam dah terbiasa dah jauh.. Ape2 pun, aku bersyukur sangat akhirnya kami suami isteri dapat duduk bersama..

Secondly, result interview aku dah keluar, and guess what?!! Aku lulus!!! tak sangka betul.. dah la mamat yang interview aku tu teruk giler kenakan aku.. Ingatkan gagal.. betul lah kata orang, rezeki anak yang aku kandungkan ini.. Aku terase macam allah mengkabulkan segala permintaanku sepanjang aku mengandung..

Tak pernah aku rase semudah ini doaku dimakbulkan.. ini mungkin kerana selama ini aku banyak berkorban untuk masa depan yang aku sendiri tak pasti pada ketika it.. Seronok sangat rase.. ;)

Tuesday, December 22, 2009

Alhamdulilah..

Alhamdulilah.. syukur sangat kepada Allah swt.. banyak dah dia bantu saya sejak dua menjak ni.. pertama sekali rase syukur sangat dapat jadi pelajar cemerlang dalam keputusan Kpli baru-baru ni.. tak sangka pulak boleh cemerlang.. ye lah kan.. dulu tak pernah belajar rajin-rajin.. UPSR,PMR dan SPM semuanye dapat cukup2 makan.. matriks tak payah cerita la.. seronok sangat duduk jauh dengan family keputusan memang cukup makan.. nasib baik lepas jugak masuk universiti.. teruk kan?

Mase dekat UKM pun, konvo dengan 2.92 jek.. tak pernah merasa 3.00.. yelah.. adik beradik kita semuanya pandai2.. tak macam kita kan? alih2 dapat lak 3.52 untuk KPLI ni.. rase macam tak percaya pulak.. pandai jugak aku rupa2nya ek? hehehe.. masuk bakul angkat sendiri nampaknya.. kelas aku hanya 6 orang dari 17 orang yang dapat cemerlang.. entah lah.. aku rase ni sebab pengorbanan aku selama ini kot.. mula2 nak masuk kpli ni jek, aku dah apply 4 kali.. kali ke 4 baru dapat.. bayangkan.. 4 tahun menunggu.. tu la.. dulu tak nak belajar rajin2.. tak dapat mintak course yang diminati..

Ada orang penah cakap dengan aku, kalau sesuatu yang kita nak dan payah nak dapat, mesti akan menghasilkan kepuasan apabila di puncak menara gading kan? aku akui jadi pelajar kpli ni bukannya senang.. tambahan macam2 aku lalui.. pertama sekali pemergian ayahku, dan seterusnya.. tapi aku rase pepatah inggeris pernah mengatakan, what don't kill you, only makes you stronger.. kuat kah aku? Ah! kekuatan itu semuanya datang daripada allah taala.. jikalau dia izinkan, insyaallah kita mesti akan kuat.. yang penting, kita lupa padanya..

Aku juga bersyukur kerana diberi penempatan di negeri Selangor.. selama ini sejak kahwin, aku duduk di pahang, perak dan tak pernah sebumbung dengan suami.. aku sangat berharap agar sekolah yang bakal aku dapat berada berdekatan dengan rumahku agar kami tidak lagi berjauhan macam dulu.. aku redha atas segala yang allah telah tentukan buatku.. aku percaya, ada hikmah disebalik segalanya..

Kadang kala, aku rase, ini adalah rezeki anak yang bakal ku lahirkan bulan 4 tahun hadapan.. aku berdoa agar dapat memberikan sepenuh kasih sayang dan ilmu agama kepada kandunganku ini.. kekadang terfikir jugak, mampukah aku menjadi ibu yang baik? aku harap aku mampu.. demi anakku ini.. aku kira, anak ku ini sumber kekuatanku.. bayi ini begitu memahamiku.. tidak menyusahkan aku.. aku harap dia menjadi penyejuk mata dan penawar dihatiku..

Sekali lagi, alhamduliah ya allah.. di atas segala rezeki yang telah engkau kurniakan buatku.. akan ku teruskan perjuanganku sebagai hambamu di muka bumi ini.. insyallah..

Thursday, December 3, 2009

Interview ku teruk!!!

I am so happy to end this KPLI.. It was sad but I was too excited to go back home to my husband's arms.. cewah... macam la tak selalu jumpa.. padahal tiap2 minggu balik.. tak kira lah mengandung ke tak.. janji tak mahu duduk ipoh lama2..
Semalam baru je pergi interview SPP untuk sah jawatan.. ya allah.. ada ke patut I nearly cried in the interview room? memang orang yang menginterview tu sangat sinis dan suka buat muka tapi pada ketika tu, terasa baby dalam perut menendang dan terus rasa sedih dan air mata bertakung.. memang la tak nangis tapi mesti interviewer tu boleh tahu yang saya nak menangis.. kelakar pun ada.. bukan lah teruk sangat diaorang tu cuma mungkin terasa diri ni bodoh sangat.. semua dia tanya tak dapat jawab..
Bayangkan lah, kita hafal segala falsafah pendidikan kebangsaan, pelan induk pembangunan pendidikan dasar2 kerajaan dan lain2 dalam bahasa malaysia, dia pulak pergi tanya kita dalam bahasa inggeris.. tahu, memang saya opsyen bahasa inggeris tapi kalau dah hafal bahasa melayu, memang la kita ternganga bila dia translate dalam bahasa inggeris dan mind you, englis diaorang pun teruk.. entah pape entah translate english.. Nak objective tapi dia maksudkan learning outcomes lah. nak taksonomi bloom tapi dia cakap lain lah..
Tension betul.. frust jugak sebab encik yang interview tu siap cakap lagi.. tak kan tak tahu, orang pencen pun tahu benda ni.. masalahnya encik, saya hafal dalam bahasa melayu, bila saya cakap bahasa inggeris, encik pulak tak faham.. maklum lah, english saya kan superb!!
Kenapalah kan interview kerajaan kena teruk? padahal memang kalau ikutkan syarat, guru opsyen bahasa inggeris memang kena interview dalam bahasa inggeris akan tetapi, bahas melayu juga perlu dititik beratkan.. ini tak, semua dalam bahasa inggeris.. bila kita cakap dalam bahasa inggeris, dia pulak tak faham. macam mana ni?
Tak tau lah, saya cuma tawakal je kepada allah taala.. kalau ada rezeki baby dalam perut, lulus lah agaknya interview tu, kalau tak, repeat balik lah jawabnye.. haru haru.. Saya cuma doakan agar encik tu akan sedar bahawa tidak baik menindas orang yang lemah.. life is like a karma.. what you give, you get back.. bila benda ni terjadi, saya rasa bersyukur jugak. sekurang-kurangnya saya muhasabah diri balik.. ingat allah dan jangan terlalu yakin pada diri sendiri.. allah lebih berkuasa.. kita hanya lah hambanya yang lemah..

Saturday, October 3, 2009

2 Bulan sehingga tamat KPLI

Tak sabar rasenya nak tunggu 2 bulan untuk habiskan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ni.. Sebelum ni terasa tersangat lah lama. tapi bila dah masuk bulan Oktober ni, terasa masa berlalu begitu cepat... Bulan 11 ni exam pulak.. Dah la habis praktikal, masuk Institut terus listening test. Dengan tak prepare ape-ape pun untuk test tu. Alhamdullilah okey cuma radio yang digunakan agak perlahan.. Terpaksa pindah kerusi dan singkap sikit anak tudung tu tapi tudung still pakai.. Nasib baik dah biasa dengan orang putih bercakap dalam drama atau movie. Kalau tak, haram tak faham gak apa yang diperkatakan.. Exam tu agak susah sebab kena isi tempat kosong tanpa pilihan jawapan.
Text tu berkenaan 'oil'.. Patutlah member cakap listening and oral test tersangat lah susah.. tapi yang paling susah sekali final exam.. Personification lah, literature lah.. memang semua soalan tersirat.. hari tu buat past year question pun tak leh nak jawab... susah ni.. bimbang pun ada.. KPLI ni lain sikit.. dia tak ada exam sampai final exam.. Dia based on project work, attendance and participation in the class.. Kalau dapat lecturer yang tak berkenan dengan kita, habis lah markah untuk subjek tu.. Aku harap dapat lah score jugak untuk KPLI ni.. Memang tension habis waktu ambik KPLI ni tapi 4 kali jugak apply dan kali keempat baru dapat masuk. Kira bertuah jugak lah..
Ada orang 5 kali pun tak dapat.. Seronok jadi cikgu ni sebab budak banyak sayangkan kita dan mendoakan kita. tu yang paling penting.. bukan senang nak bentuk seorang insan.. Aku harap dapat menjadi seorang cikgu yang dapat berbakti dan mengubah pelajar menjadi seorang insan yang cemerlang.. insyallah..
Aku rase KPLI banyak mengajar aku erti kesabaran kerana terus terang aku katakan, aku tak rase pun nak pergi kursus ni sebab tak nak jauh lagi dengan suami.. sebelum ni duduk dekat Kuala Lipis, Pahang. Ditambah pula dengan arwah ayah yang meninggal waktu orentasi.. The sad part was, I was the only one yang dapat tengok muka ayah dan mandikan ayah.. Adik beradik yang lain semua tak sempat.. Kebumi mayat 5 minit sebelum adik beradik yang lain sampai.. sedih jugak.. kekadang teringat waktu tu.. dah la sorang-sorang jek dekat hospital tu. Lepas tu kena perli dengan family ayah sebab tak datang tengok ayah.. sedih sangat.. masa tu memang rasa tak nak sambung kursus tu tapi atas desakan suami, aku teruskan jugak dalam keterpaksaan.. Thanks abang.. tak mungkin saya dapat teruskan kursus ni kalau abang tak paksa dan bagi dorongan pada saya...
Macam-macam yang berlaku sewaktu aku ambik KPLI ni tapi aku bersyukur sangat sebab Allah telah mudahkan segalanya buatku.. Sesungguhnya aku tak sabar nak habiskan KPLI ni.. Alhamdulilah..

Wednesday, September 9, 2009

Sedihnya Suami dapat cuti raya 2 hari jek..

Aku terasa sedih sekali.. semalam, Am cakap dia tak dapat cuti raya ni.. Hanya cuti Isnin dan Selasa yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.. Sedihnya tak dapat diungkapkan.. Dalam keadaanku yang begini, bagi mereka yag tahu.. sudah tentu aku menjadi cepat sensitif dan terasa.. Nak buat macam mana kan? dah nasib.. ingatkan nak beraya rumah makcik dan pakcikku di KL kerana tahun lepas tak sempat sebab beraya di Johor dan Kelantan..
Aku berharap agar dikurniakan kesabar untuk beraya tanpa suamiku.. Mungkin kalau aku doa banyak2 bulan ni, Am dapat la cuti dia ek? Amin.. Aku bukannya nak sangat beraya, cuma aku selama ni pun duduk di Ipoh, suami di Kapar.. Cutilah waktu untuk aku bermesra dengan suamiku.. Dugaan,dugaan.. itulah namanya.. Semoga aku banyak bersabar... huhuhuhu...

Thursday, August 20, 2009

Getting Ready for Fasting month...

As we all know, the Muslims will be starting their fasting month this Saturday, 22nd of August 2009.. I am glad that I will start fasting with my husbandfor a week. He is bad at waking up for sahur and I have to wake up early and cook for him. The other day, he 'puasa nazar' for a week because he finally finished his Degree at last.. For the whole week, I had to wake up as early as 4.30am just to cook for his sahur, even when I am not fasting.. well I guess that's what we are suppose to do when we get married..
I did not say that it is tiring for me to sacrifice for my husband, but I actually enjoyed it because at least someone appreciates my cooking and me.. I like the thought of responsibility in the house.. My husband always makes me feel complete.. This is going to be my second year fasting as husband and wife.. I hope that Allah eases my fasting for this year.. Amin.. May we all fast 'untuk mendapat keredhaan Allah taala'.. That's the most important thing during Ramadhan.. Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam di Malaysia...

Tuesday, August 18, 2009

Observation is Over..

I am so happy that today is my last observation done by my teacher and lecturer who guided me this 3 months.. I got A minus!!!! Yeaaaaa.. My lecturer recommended that I go for cemerlang but I refused too because of Mr. Ernest.. Well, he is not a bad lecturer, just that he is very particular when it comes to giving marks to the students.. Even my lecturer, Puan Punitha told me to think about it. whether to take the risk or not. You see, in teaching, there are people who is good at teaching but bad at filling and I am one of them.. I can do filling but I am not so good with it.. Whatever it is, I am so happy for the practical to be over.. May I serve the nation with my dedication in teaching..

Ya Allah, thank you for all your support and believing in me.. To my beloved husband, Amzari, thank you for being patient with me all this years.. I am glad that I am married to you and may our live together be a happier one.. Insyallah...