Sunday, May 30, 2010

babysitter

Ni aku nak cite, minggu lepas aku pegi la jumpe dengan bakal pengasuh anak aku.. nama dia kak siti.. aku tak kenal dia tapi cikgu2 dkt sekolah yang reccomend dia dkt aku.. aku pun tak fikir panjang sbb ingat senang sbb rumah dia depan sekolah dan aku senang nak tgk2kan anak aku dan kalau berkesempatan, aku leh menyusu dia bila ada waktu lapang..

Aku pun pegi la jumpe dia.. suami dia NYDP PIBG.. nampak okey.. husband and wife cume aku tak berape berkenan dengan kak siti.. no offense here tapi aku mula rase tak bekenan bila aku cakap aku nak breast feed secara exclusive iaitu tanpa menggunakan susu formula.. hanya susu ibu.. dia terus cakap mana cukup.. kena campur jugak.. punye la aku begang!!! tak kisah la org lain nak bagi susu ape pun, yang penting, aku dah siap beli peti ais besar harga beribu dan pam susu yang dkt seribu dan dah pam berpacket2 susu dia ckp susu aku tak cukup!!! begang babe!! aku mula tak sedap hati.. dia siap letak syarat kena sukat betul2 la susu ibu tu takut tak cukup, nak aku beli dan sediakan flask utk pananskan susu ibu tu.. nak katil la sebab dia seboleh2 nak letak anak aku dalam buai.. aku memang tak suka buai.. bahaya kalau anak aku terhentak kepala dkt lantai.. dia cakap kalau dia leh tido sendiri takpe la.. mane ada baby yang boleh tido sendiri!!! dia lak siap pesan kat anak bongsu dia umur 5 tahun, lepas ni tak leh lari2 lagi.. takut terpijak baby.. isk.. seriau aku dgr..

Yang aku tak tahan mintak RM200 tapi siap sebut byk kali kalau lebih lagi bagus.. dah la banyak songgel, pastu nak kita bayar byk2.. come on la.. aku hantar umah dia pun separuh hari je sebab aku cikgu.. dari kul 12 sampai kul 6.30 ptg.. org lain hantar full day pun byr RM250 jek.. ada yang RM200 jek sbb kawasan kampung.. aku mmg hot dgn dia.. aku pun bincang dgn am.. dia ckp try dulu.. aku dah rase tak sedap hati.. aku tanye mak aku, mak aku kate, kalau rase tak sedap hati, jgn hantar..

Aku pun bincang elok2 dgn laki aku.. kitaorang decide nak tanye jiran bawah umah aku... nama dia kak Nah.. dia ckp dah ada 2 org booking anta anak dia.. tapi sorang due bulan 8.sorang bulan 11.. so dia leh jaga anakku kejap sampai bulan 10.. kira ok la kn? dah la dia jenis nak dgr kate. tak demand.. tanye byr berape dia tak kisah.. yang penting dia sanggup bagi anak aku susu ibu.. pastu tak pakai buai.. alhamdulilah.. syukur.. aku cadang nak byr je rm200.. lebih pun takpe janji anak aku selamat dan disayangi..

Baik kate jiran rumah lagi satu kaka nor, bimbang antar anak ke pengasuh.. kita mmg kena demand.. aku cume berdoa biarlah semuanye ok dan selamat..

No comments:

Post a Comment