Thursday, September 16, 2010

Ramadhan bulan ujian..

Tanggal 10 September 2010 adalah tarikh Hari Raya pada tahun ini.. Kira2 seminggu sebelum raya aku rase sedih pulak meninggalkan bulan Ramadhan.. bulan yang mulia.. nak kata aku alim, tak jugak.. selalu lose temper dn kadang kala lupa pada Allah swt.. entah kenapa aku tetiba jek rase sedih meninggalkan bulan ini.. aku pun tak tahu.. mungkin kerana aku tak gunakan sebaik2 peluang untuk beramal ibadat kepada yang aha esa.. walhal bulan ramadhan adalah bulan ibadat..

Aku banyak alpa dan leka pada kehidupan dunia.. mungkin aku marah pada diri sendiri kerana tidak dapat mengawal keadaan.. pertama sekali anak aku sakit.. kena sawan demam.. aku sangat la takut kerana waktu itu aku sepatutnye pergi ke sekolah.. aku sudahpun bersiap untuk pergi ke sekolah.. aku hantar anak aku ke taska sri melur mcm biasa.. waktu hantar tu anak aku menangis seolah2 tak bagi aku pergi.. aku tak sedap hati lalu aku telefon laki aku patut ke aku minta cuti dan dia kate ikut aku.. sebelum tu dah 3 kali aku pegi klinik dan doktor kate anak aku tak demam.. still aku rase tak sedap hati lalu aku pun ambik balik anak aku dan aku pun pegi klinik..

Sekali lagi doktor kate anak aku tak demam.. doktor bagi gak aku ubat demam danaku pun balik rumah.. terus bagi ubat dan tidokan dia.. aku pun baringlah sebelah dia baru nak lelap sekali.. terus aku terdengar bunyi getaran.. seolah2 tulang berlanggar sesama sendiri.. mulane aku ingatkan burung, rupe2 anak aku tengah kena sawan.. terkejut aku dibuatnye... aku terus angkat anak aku dan mandikan dia bawah sinki.. muka dia naik biru.. mulut, tangan dan mata dia pandang ke atas dan keluar air mata dan mulut dia pun keluar buih jugak.. sedih sgt waktu aku tgk anak aku.. telefon laki aku dia tak angkat, tepon mak aku dia angkat.. tapi dia tgh servis kete jadi dia lambat sikit.. tak lama pastu laki aku call balik..

Terus dia balik umah.. kitaorg anta dia ke KPJ Selangor jumpe datuk dr. Zul.. pakar kanak2.. dia begitu tenang mendengar penerangan ku walhal ku begitu kalut menceritakan peristiwa ini kerana waktu tu aku sorang2 jek dkt rumah.. dah la kitaorng sampai dlm kul 4 lebih.. doktor dah nak balik dah.. nasib baik dia terima.. dia suggest kitaorg masuk ward dan buat ujian EGG.. benda ni untuk test electricity in your head.. aku pun setuju.. 3 hari kitaorg duduk dkt ward.. adawiyah lak buat EEG ada abnormalities dkt left brain dia.. doktor suruh buar MRI pulak.. Xray kepalanya.. sedih aku tgk anak aku mcm2 ujian dia kena buat.. nasib baik tak ambik air tulang belakang tapi aku tak bimbang sebab aku dah ambik uri anak aku untuk disimpan jadi kalau ape2 boleh guna yang itu je.. tak payah ambik air tulang belakang.. aku ambik dgn Cryocord.. promote la pulak.. hehehe

Alhamdulilah anak aku sihat.. sekarang aku duk sponging je kepala dia.. aku ambik kain basahkan dan lap kepala dia.. sebab kepala dia selalu je panas.. aku cume harap anak aku sihat lepas ni.. aku dulu pun kena gak sawan masa baby.. tak sangka anak aku kena.. menurut kata mak aku.. aku lagi teruk.. kekadang setiap sejam aku kena sawan.. makcik aku kate kepala aku memang sentiasa panas.. itu la pasal kot aku kena sawan.. aku tahu anak selagi tak besar dia memang terdedah kepada pelbagai jenis penyakit cuma aku harap aku akan tabah menghadapinya..

Patutla org ckp syurga di bawah telapak kaki ibu.. besar pengorbanan seorang ibu.. thanks mak kerana membesarkan saya.. semoga saya dapat mendidik anak saya sebaik mak.. amin..

2 comments:

  1. sabar la fathiyah... tp kalau i kat tempat u... mau i pun pengsan... kesian u... kite sama2 doa adawiyah sihat. mmg betul besar pengorbanan ibu. dah jd ibu ni baru la tahu dan rasa cam mana susah nye mak kite dulu kan... anyway, be strong... nnt kite raya sama2 ek...

    ReplyDelete
  2. betul tu mazura.. itu yang kita kena ada a group of friends who is a mother.. boleh sharing.. kekadang mmg blur bab anak sakit.. ni adawiyah demam lagi.. entah la.. hopefully dia ok lepas ni.. hantar taska mmg macam ni.. byk penyakit..

    ReplyDelete