Monday, December 17, 2012

Potty Training yang berjaya!

    Ini adalah sambungan kisah potty train sebelum ini.. Sebenarnya nak bagitahu yang Nor Adawiyah dah berjaya di potty trainkan dengan jayanya pada waktu siang dan malam.. Memang pada mulanya sangat2 la memenatkan badan nak ajar anak tak pakai pampers.. ye lah kan.. dah 2 tahun 7 bulan pakai pampers.. alih2 kena kencing and berak dalam tandas pulak.. memang confusing jugak anaknya..

    Saya terpaksa buat secara ad hoc walaupun sebenarnya sangat suka pampers sbb tak payah nak berkejar ke tandas setiap kali anak nak kencing atau berak.. Tapi hakikatnya anak saya dah tak hisap botol susu waktu nak tido malam.. Itu adalah satu pencapaian sebab sebelum ni asal nak tido je nak hisap susu.. Takut jugak gigi dia rosak nanti..

    memang tidak dinafikan penat nak buka dan pakai balik seluar dia setiap kali dia kencing atau berak. Apatah lagi perutku dah semakin membesar.. Dalam masa sebulan lagi nak bersalin dah tapi think of it as a way of exercise.. Lagipun the outcome memang memuaskan.. Lagipun pampers ni kan banyak bahan kimia and not good for the environment pun..

    Apa yang saya buat untuk Adawiyah adalah seperti berikut:-

1. Selalu ajak dia ke tandas setengah jam atau sejam selepas minum susu atau apa2 jenis air pun.. Kalau tanya nak kencing ke tak confirm dia cakap tak tapi alih2 bocor dkt ruang tamu..

2. Pastikan setiap kali dia tak sempat ke tandas encourage dia untuk selalu ke tandas.. Cakap dengan dia kencing dan berak dekat toilet.. Nanti dia akan cakap balik dekat kita..

3. Belikan potty train yang kecil untuk dia.. Saya dapat percuma masa belikan baby cot dia dulu.. ala.. yang RM20 je harga dia.. kecik.. senang nak bawak jalan2..

4. Selalu puji dia bila dia berjaya kencing atau berak dalam tandas..

5. Untuk tido malam pula, jangan bagi dia minum susu dalam jumlah yang banyak 2 jam atau sejam sebelum tido..

6. Sebelum tido, suruh dia kencing dulu, baru tido..

7. Banyakkan berdoa pada Allah semoga dipermudahkan potty train anak..

8. Satu lagi tips penting, kalau anak tak bersedia, jangan dipaksa.. cuba lagi 2 tuga bulan lagi.. insyallah berjaya.. Selamat mencuba!

7.

No comments:

Post a Comment