Wednesday, July 19, 2017

Itinerary bercuti sambil bekerja di Lyon dan Paris, France part 2

Sambungan cerita part 2.

    Ok, sampai airport kami naik flight pukul 8.30 malam. Flight dalam 8 jam gitu. Kami naik Qatar dan transit di DOHA. First time sampai airport sini. Memang besar dan mewah! Bilik air pintunya semua stainless steel. Kawasannya pun memang nampak mahal dan ada kelas.

    Transit sini 3 jam sahaja. Kalau ikut waktu DOHA waktu kami sampai pukul 12 malam. Transit 3 jam jadi kena naik flight seterusnya dari DOHA ke Charles De Gulles airport dalam pukul 3 pagi. Anak anak masih ok time ni walaupun mengantuk sebab waktu ni time tido diaorang.

    Naik next flight rasa lebih selesa sebab seat ada tempat boleh letakkan kaki. Flight sebelum ni banyak seat kosong jadi aku dapat la letakkan anak di seat sebelahnya. Flight and seterusnya pun sama jadi dapat lah aku rehat kejap dan tido sementara baby tido. Bassinet untuk baby ni memang anak aku tak boleh tido sebab dia pendek dan kecil.

    Mengikut kata air stewardess memang bassinet ni lebih kepada satu tahun ke bawah. Anak aku dah 16 bulan jadi memang tak sesuai untuk dia.

    Sampai di airport Charles de Gulles dalam pukul 7.50 pagi waktu tempatan. Kami kena naik train dari airport untuk ke bandar Lyon. Train ni selama 2 jam. Kami salah percaturan. Rupanya waktu kami sampai adalah permulaan summer holidays untuk penduduk di sini. Jadi train memang penuh. Suami terpaksa beli train tiket untuk first class yang harganya 133 euro. Kalau duit kita dalam rm665 seorang! kanak kanak 66.50 euro bersamaan rm332.50! Jumlah semua tiket dalam rm1,995!!!

    Rupa rupanya kalau nak murah sepatutnya beli sebulan atau dua bulan sebelum. Kami terpaksa tunggu 5 jam untuk next available train.. jenuh nak tunggu babe! dah la flight campur transit dalam 20 jam. tunggu train 5 jam. naik train 2 jam. lebih daripada 24 jam travelling hours.. dengan tak mandinya.. memang dugaan.. nasib baik la ada tempat untuk anak2 aku nak main di train stesen tu.

    Cumanya ada sedikit kerisauan kami sekeluarga sebab member suami pernah kehilangan bag diragut di train station yang kami tunggu ni.. memang tak selesa la duk situ 5 jam.. nasib baik tak hilang apa apa.


Inilah tempat mainan anak anak2 aku sementara tunggu train 5 jam.. Ada mat salleh, negro.. walaupun bahasa tak faham boleh pulak duk main elok budak budak ni..


Ini masa di airport DOHA. Besarnya la!!


Ini masa dalam flight Qatar


Selesa sebab banyak leg room..

Ok.. nanti aku sambung part 3 pula.. tungguuu..



No comments:

Post a Comment