Thursday, December 9, 2010

Cuti sekolah

Lame giler tak update blog.. sekarang dah 9 december 2010.. hari ni harijadi adik saya yang paling bongsu.. sabariah namanya..yang tengah sekali dalam gambar di atas.. minta datang rumah malam ni tapi hubby keje esok, so hari sabtu je la baru datang rumah mak.. rumah mak bukannya jauh sgt tapi jam yang tak tahan.. tol lagi.. so buat Sabariah, happy birthday yang ke 19 i think... may ur life be filled with love and happiness.. amin..

Pejam celik dah dekat sebulan cuti sekolah berlalu.. saya agak sibuk mengemas rumah yang betul2 berhabuk dan berselerak.. orang cakap ada anak kecil susah nak berkemas.. memang betul, jadi apa yang saya lakukan ialah menghantar Adawiyah ke taska setiap kai saya nak mengemas rumah.. tak lama pun.. pukul 8 pagi hantar dan dalam pukul 12.30 saya ambil dia balik.. bukan ape.. kalau tak hantar langsung, nanti dia susah nak ke taska tahun depan.. jadi setiap minggu at least 2 kali saya akan hantar adawiyah ke taska..

Ingat nak train di botol sebab kadang2 dia ok dgn botol, kadang2 tidak.. jadi ape yg saya lakukan sekarang ialah memberikan susu perahan menggunakan cawan atau sudu.. alhamdulilah ok dan cikgu dia di taska pun ok.. saya ingat cuti boleh relaks tapi rupanya tidak.. banyak betul kerja2 yang tergendala yang perlu dilaksanakan sebelum tahun depan..

Cuti baru ni saya ada pergi ke MAHA di Sepang.. punya la ramai orang.. nasib baik luas kawasan.. borong kuih lapis Sarawak.. sayangnya kuih lapis Cadbury yang dicari tidak dijumpai.. ada yg jual kuih lapis Cadbury tapi rasenye tak sama dgn yg mak beli dulu.. nampak gayanye kena pegi Sarawak la beli ni.. ada la alasan nak ke sana nanti.. hehehe..

Adawiyah dah 8 bulan 1 hari, harini.. dia semakin aktif dan semua benda nak dipanjatnye.. ibu jari kaki mama dia pun nak dihisap.. gigi nak tumbuh tapi tak keluar2 lagi.. tengok gelagat dia memang menghiburkan.. malas pulak nak mengajar tahun 5 tahun depan.. takpe.. demi anak bangsa aku rela! hehehehe..


ni gambar dekat pizza hut sentul.. aku baru beli pouch letak adawiyah dalam dia.. aku beli dekat littlewhiz.com.. dkt setiaalam.. mase aku pegi MAHA tu adawiyah siap tido dlm puoch tu berbaring.. seronok pulak aku.. mmg tak penat sbb tangan dua belah free nak buat ape2.. siap aku pegi Jusco one utama ada couple cina ni tegur aku mane aku beli pouch ni.. siap interview lagi.. ok tak pakai.. selesa ke.. kelakar pun ada.. tapi ape2 pun mmg selesa.. okeylah.. aku kena pegi.. sikit lagi Adawiyah bangun.. nanti tak sempat nak post blog ni..

Thursday, October 21, 2010

Akibat sibuk berFB


Adawiyah suke guling masuk dlm comforter..


Seronoknye anak mama ni.. suke benor senyum manis..


Adawiyah masih tersenyum..

Ni aku nak cerita sikit.. kesilapan aku sendiri... semalam.. aku seperti biasa menyusukan anak aku atas katil.. macam biasa.. adawiyah akan tertido selepas menyusu.. aku pun biar la dia atas katil.. aku pun on lap top dan terus ber FB.. tak lame lepas tu aku terdengar sesuatu.. aku toleh tgk atas katil adawiyah dah takde.. aku meluru masuk bilik dan nampak adawiyah dah ada dkt atas tilam dia.. dia jatuh katil besar tu.. nasib baik ada tilam tebal.. dia tgk aku terus menangis.. aku cepat2 angkat dia dan peluk dia kuat2.. menyanyi dkt dia takut dia lemah semangat..

Teruk kan mama adawiyah ni.. dia jatuh meniarap.. periksa tgk dia ok.. terperanjat je la.. nasib baik ada tilam adawiyah yg mahal tu.. dah la kecil tapi berbaloi.. bimbang kalau ape2 jadi dkt dia.. aku pun menyusukan dia atas katil dia jek.. alhamdulilah adawiyah takde ape2.. gambar di atas adalah gambar adawiyah selepas jatuh.. sempat senyum2..

Moral of the story, jangan la sibuk ber FB kalau ada anak kecil dkt rumah.. taubat aku tak buat lagi.. sori adawiyah... mama love u so much... papa pun dah sound mama dah.. i deserve it..

Tuesday, October 19, 2010

Adawiyah at 6 months 2 weeks..


Dah lama tak update blog aku ni.. nway, adawiyah dah 6 bulan 2 minggu.. dia sangat la pandai.. masuk je 6 bulan dia dah tak nak minum susu botol.. mama dia pun pening kepala.. siap pergi littlewhiz.com dkt setia alam dan beli la botol breast flow and tommy tippee.. yang berharga RM150.. siap beli five way cup sebab kot la dia nak minum pakai straw atau lubang ada tiga tu.. pergh.. habis duit mama dia.. semua adawiyah tak nak.. aku bimbang dan taska dia terpaksa bagi minum susu pakai picagari.. bayangkan lah.. anak aku ni punye bijak..
Aku cakap ni tak boleh jadi lalu aku mula bagi anak aku makan bubur heinz.. yang berharga RM6.90.. mahal gak.. ingat nak beli cerelac tapi mcm tak best jek.. nak yg mahal jek mama dia ni... aku kena campur dgn susu ibu baru dia makan.. kalau air kosong memang dia reject.. nasib baik dia nak makan.. seminggu jugak la anak aku tak nak minum susu pakai botol.. last2 cikgu dia letak bubur heinz tu dlm botol susu, baru la dia nak minum.. ada2 je la anak aku.. dulu ok jek.. saje buat mama risau..
Sekarang adawiyah makan labu dan jagung manis product daripada heinz.. harga RM3 lebih satu.. hari ini aku try masak bubur tapi adawiyah tak berapa nak.. so aku bg gak labu dan jagung heinz.. yang itu dia suke tapi mama dia tak suke.. hehee.. takpe la.. janji dia nak makan.. nanti aku try lagi bagi dia bubur.. cikgu dkt taska ckp budak mmg mcm tu.. takes time baru nak mkn bubur..
alhamdulilah anak aku semakin pandai.. dia dah mula sebut papa tapi mama takde.. mungkin sikit lagi kot.. aku cume doa supaya dia sihat sentiasa.. aku nak upload gambar adawiyah lagi tapi tak sempat.. nak kena pegi sekolah dah..


Thursday, September 16, 2010

Ramadhan bulan ujian..

Tanggal 10 September 2010 adalah tarikh Hari Raya pada tahun ini.. Kira2 seminggu sebelum raya aku rase sedih pulak meninggalkan bulan Ramadhan.. bulan yang mulia.. nak kata aku alim, tak jugak.. selalu lose temper dn kadang kala lupa pada Allah swt.. entah kenapa aku tetiba jek rase sedih meninggalkan bulan ini.. aku pun tak tahu.. mungkin kerana aku tak gunakan sebaik2 peluang untuk beramal ibadat kepada yang aha esa.. walhal bulan ramadhan adalah bulan ibadat..

Aku banyak alpa dan leka pada kehidupan dunia.. mungkin aku marah pada diri sendiri kerana tidak dapat mengawal keadaan.. pertama sekali anak aku sakit.. kena sawan demam.. aku sangat la takut kerana waktu itu aku sepatutnye pergi ke sekolah.. aku sudahpun bersiap untuk pergi ke sekolah.. aku hantar anak aku ke taska sri melur mcm biasa.. waktu hantar tu anak aku menangis seolah2 tak bagi aku pergi.. aku tak sedap hati lalu aku telefon laki aku patut ke aku minta cuti dan dia kate ikut aku.. sebelum tu dah 3 kali aku pegi klinik dan doktor kate anak aku tak demam.. still aku rase tak sedap hati lalu aku pun ambik balik anak aku dan aku pun pegi klinik..

Sekali lagi doktor kate anak aku tak demam.. doktor bagi gak aku ubat demam danaku pun balik rumah.. terus bagi ubat dan tidokan dia.. aku pun baringlah sebelah dia baru nak lelap sekali.. terus aku terdengar bunyi getaran.. seolah2 tulang berlanggar sesama sendiri.. mulane aku ingatkan burung, rupe2 anak aku tengah kena sawan.. terkejut aku dibuatnye... aku terus angkat anak aku dan mandikan dia bawah sinki.. muka dia naik biru.. mulut, tangan dan mata dia pandang ke atas dan keluar air mata dan mulut dia pun keluar buih jugak.. sedih sgt waktu aku tgk anak aku.. telefon laki aku dia tak angkat, tepon mak aku dia angkat.. tapi dia tgh servis kete jadi dia lambat sikit.. tak lama pastu laki aku call balik..

Terus dia balik umah.. kitaorg anta dia ke KPJ Selangor jumpe datuk dr. Zul.. pakar kanak2.. dia begitu tenang mendengar penerangan ku walhal ku begitu kalut menceritakan peristiwa ini kerana waktu tu aku sorang2 jek dkt rumah.. dah la kitaorng sampai dlm kul 4 lebih.. doktor dah nak balik dah.. nasib baik dia terima.. dia suggest kitaorg masuk ward dan buat ujian EGG.. benda ni untuk test electricity in your head.. aku pun setuju.. 3 hari kitaorg duduk dkt ward.. adawiyah lak buat EEG ada abnormalities dkt left brain dia.. doktor suruh buar MRI pulak.. Xray kepalanya.. sedih aku tgk anak aku mcm2 ujian dia kena buat.. nasib baik tak ambik air tulang belakang tapi aku tak bimbang sebab aku dah ambik uri anak aku untuk disimpan jadi kalau ape2 boleh guna yang itu je.. tak payah ambik air tulang belakang.. aku ambik dgn Cryocord.. promote la pulak.. hehehe

Alhamdulilah anak aku sihat.. sekarang aku duk sponging je kepala dia.. aku ambik kain basahkan dan lap kepala dia.. sebab kepala dia selalu je panas.. aku cume harap anak aku sihat lepas ni.. aku dulu pun kena gak sawan masa baby.. tak sangka anak aku kena.. menurut kata mak aku.. aku lagi teruk.. kekadang setiap sejam aku kena sawan.. makcik aku kate kepala aku memang sentiasa panas.. itu la pasal kot aku kena sawan.. aku tahu anak selagi tak besar dia memang terdedah kepada pelbagai jenis penyakit cuma aku harap aku akan tabah menghadapinya..

Patutla org ckp syurga di bawah telapak kaki ibu.. besar pengorbanan seorang ibu.. thanks mak kerana membesarkan saya.. semoga saya dapat mendidik anak saya sebaik mak.. amin..

Monday, August 16, 2010

Selamat berpuasa!!!

Ni gambar anak aku mase dalam kete.. comel tak? sebijik papa dia..

Alhamdulilah dah hari ke 7 berpuasa.. aku setakat ni tak tinggal puasa lagi walaupun menyusukan anakku.. aku harap sgt adawiyah okey walaupun susu mama dia rase tak berlemak sgt sebab tengah berpuasa.. aku dah lama tak update blog sejak jadi ibu ni.. ye lah.. ada anak ni kena banyak masa pada dia.. keje terhenti2 time dia nak perhatian.. tapi suke tgk dia membesar..


Aku harap semuanye berjalan lancar selepas ini.. teringin nak anak lagi tapi tunggu adawiyah besar baru fikir lagi satu.. tenang bila balik rumah anak ada di sisi.. aku hantar anak ke taska sekarang.. ada masalah dgn pengasuh lama dia.. dah minggu ke 3 dah.. alhamdulilah dia ok.. cume semalam dia meragam sikit kata pengasuh di sana.. mandi baru dia ok.. agaknye panas kot.. maklum lah bulan ramadhan yang bermaksud panas..

Aku seronok tgk dia membesar di taska tu sbb diaorang tido tak pakai buai.. dia train anak tido meniarap.. alhamdulilah dia boleh adjust.. aku terpaksa berpusing jauh hantar dia sebab kawasan sekolah aku takde taksa.. ada pengasuh pun pakai buai jek.. kesian adawiyah kecik2 dah masuk sekolah.. takpe2 nanti dia biasa pegi sekolah macam mama dia..

Aku harap agar ramadhan kali ini mengajar aku erti sabar dan bertawakal padamu ya allah.. ramadhan pertama dengan anak.. alhamdulilah aku ok.. cume ibu aku risau kerana berat badan ku mencecah 44 kg.. kurus sgt tu.. waktu kahwin pun aku 50 kg.. aku tak kisah.. yang penting aku sihat dan anak aku sihat.. doakan kami ye? aku rancang nak puasa penuh tahun ni.. mmg letih sbb aku berpuasa sambil pam dan susukan anak tapi aku anggap ia satu latihan rohani buatku..

Tuesday, June 15, 2010

Starting Work again after maternity leave

Wow! next week dah mula dah alam kerja setelah lebih 2 bulan bercuti.. itu pun disebabkan cuti sekolah.. kalau tak, aku dah mula kerja 8hb Jun haritu.. rase nervous gak nak balik ke sekolah.. ye lah.. dah lama tinggal.. tak tau la anak murid aku ingat lagi tak cikgu dia ni.. entah2 tak ingat.. huhu..

Aku bimbang pasal banyak perkara.. first and foremost, anak aku tak berpe nak susu botol.. aku duk bagi breast milk tanpa susu botol.. kekadang bagi botol kekadang tak.. jadi dia tak nak minum.. sampai 4 jam tak nak susu.. itu hari pertama cuba setelah 2 hari tak bagi botol.. ni dah hari ketiga.. nasib baik dia nak susu botol tapi menangis sikit jek.. tak macam hari pertama.. alhamdulilah.. esok kita tgk dia ok tak dgn botol.. risau jugak kalau dia tak mahu sebab nak balik umah dlm 15 minit jugak baru sampai.. takut guru besar tak bagi balik jek..

salah mama dia kejap bagi susu botol kejap tak bagi.. struggle jugak nak breast feed ni.. tapi demi khasiat untuk anak saya, saya gagahkan jugak.. kalau ada org nak tolong, takpe gak tapi itu lah yg dikatakan pengorbanan ibu.. doakan aku ek supaya semuanya ok.. amin..

Monday, June 7, 2010

Off to Ipoh and Cameron

Tomorrow I will be going to Ipoh for my convo.. well, sebenarnye tengah bengang ni sebab last minute IPIP tukar waktu konvo dari pagi anjak ke petang.. frust jugak ni.. ade ke patut 4 hari lagi nak konvo baru dia bagitau perubahan tersebut? Aku dah bayar RM200 dah.. tepon maktab mintak refund dia tak bagi..

Frust jugak tapi memandangkan aku dah bayar hotel di Cameron.. terpaksa la aku pegi jugak ke Ipoh tapi konvo aku tak dapat pegi sebab check in hotel pukul 3 dan konvo aku mula 2.30 ptg.. Aku pulak bawak anak kecik.. baru 2 bulan.. tak sanggup naik Cameron waktu senja menghala ke Maghrib.. Dah la malam Jumaat.. lagi risau..

Takpe la.. janji leh enjoy dkt Cameron nanti.. Aku harap ada la sebab2 benda mcm ni berlaku.. lagipun member kamching aku semua tk datang disebabkan perubahan ini.. hopefully aku boleh la tenangkan fikiran sebelum masuk kerja balik lepas cuti panjang.. mesti rindu dkt anak nanti kan? Semoga Allah memudahkan segalanya.. Amin..