Monday, August 16, 2010

Selamat berpuasa!!!

Ni gambar anak aku mase dalam kete.. comel tak? sebijik papa dia..

Alhamdulilah dah hari ke 7 berpuasa.. aku setakat ni tak tinggal puasa lagi walaupun menyusukan anakku.. aku harap sgt adawiyah okey walaupun susu mama dia rase tak berlemak sgt sebab tengah berpuasa.. aku dah lama tak update blog sejak jadi ibu ni.. ye lah.. ada anak ni kena banyak masa pada dia.. keje terhenti2 time dia nak perhatian.. tapi suke tgk dia membesar..


Aku harap semuanye berjalan lancar selepas ini.. teringin nak anak lagi tapi tunggu adawiyah besar baru fikir lagi satu.. tenang bila balik rumah anak ada di sisi.. aku hantar anak ke taska sekarang.. ada masalah dgn pengasuh lama dia.. dah minggu ke 3 dah.. alhamdulilah dia ok.. cume semalam dia meragam sikit kata pengasuh di sana.. mandi baru dia ok.. agaknye panas kot.. maklum lah bulan ramadhan yang bermaksud panas..

Aku seronok tgk dia membesar di taska tu sbb diaorang tido tak pakai buai.. dia train anak tido meniarap.. alhamdulilah dia boleh adjust.. aku terpaksa berpusing jauh hantar dia sebab kawasan sekolah aku takde taksa.. ada pengasuh pun pakai buai jek.. kesian adawiyah kecik2 dah masuk sekolah.. takpe2 nanti dia biasa pegi sekolah macam mama dia..

Aku harap agar ramadhan kali ini mengajar aku erti sabar dan bertawakal padamu ya allah.. ramadhan pertama dengan anak.. alhamdulilah aku ok.. cume ibu aku risau kerana berat badan ku mencecah 44 kg.. kurus sgt tu.. waktu kahwin pun aku 50 kg.. aku tak kisah.. yang penting aku sihat dan anak aku sihat.. doakan kami ye? aku rancang nak puasa penuh tahun ni.. mmg letih sbb aku berpuasa sambil pam dan susukan anak tapi aku anggap ia satu latihan rohani buatku..