Sunday, December 4, 2011

Pictures of Nor Adawiyah


Adawiyah main kuda-kuda dengan papa dia..

Adawiyah belajar pakai tudung..


Adawiyah dan kembarnya husna...


Adawiyah dalam kotak mainan sambil tengok tv..

Rumahku syurgaku...

Dah lama betul saya tak menulis di blog ini.. Entah kenapa.. mungkin tak ada idea nak tulis ape ataupun mungkin saya sedar tak ada sesiapa yang baca blog saya.. sebenarnya mals nak promote.. segan jugak sebab kita tak pandai tulis blog.. my sister pernah suruh buat blog review pasal barang baby or baju tapi saya rasa diri ini tak cukup pengalaman lagi.. sebenarnya blog saya ni mmg anything goes.. ape2 pun boleh tulis.. dan hari ni saya nak tulis mengenai keluarga saya..

Sebenarnya tajuk di atas hanya suka2.. tapi saya memang nak jadikan rumahku syurgaku.. mmg payah kan nak jadikan rumahku syurgaku sebab yang pertama aku duduk di kuarters tnb jek.. bukan rumah sendiri.. (alasan yg paling tak munasabah) ;) yang kedua.. kekadang rasa macam nak duduk sorang je dekat rumah ni.. lebih2 lagi bila anak nak minta perhatian kita tapi kita nak rehat time tu.. padahal anak baru je sorang.. suami pulak terlebih manja.. payah nak buat kerja rumah..salah aku jugak.. semua kerja dalam rumah aku yg buat.. bukan ape, suami kerja sehari.. aku pulak kerja setengah hari.. kesian gak kat dia..

Aku sebenarnya bukan jenis org yang sabar.. selalu nak cepat jek.. suami pulak jenis lambat dan teliti tapi byk kebaikan yg dia ada takde padaku.. bila dia slow aku jadi tenang sikit tapi bila nak cepat, mula la hati ni naik angin.. payah gak la macam tu.. aku dah 3 tahun kahwin dgn laki aku.. mmg kitaorg bercinta dulu baru kahwin.. bukan mcm sesetengah orang berkahwin baru bercinta..

Betul la org ckp kalau belum 5 tahun usia perkahwinan itu, byk lagi dugaan dan cabaran yg akan kita tempoh.. sesungguhnya aku mmg sayangkan keluargaku cuma kekdg tu take them for granted... aku berpegang pada kata2 ustazah di sekolah ku.. anak itu adalah harta dan dugaan bagi ibu dan ayahnya.. mmg betul... mendidik anak org dan mendidik anak sendiri adalah 2 perkara yg berbeza.. expectation lg tinggi.. tapi sesungguhnya aku bersyukur ada adawiyah.. dia lah penawar kami suami dan isteri..

Aku cuma harapkan agar rumah tangga yg kami bina akan kekal buat selama2nya.. walau bergaduh besar mana pun biarlah kami sentiasa bersama.. tak mahu jadi seperti ibu dan bapaku yg bercerai takala anak sudah besar.. kalian tolonglah doakan kebahagiaan kami.. amin..

Monday, May 30, 2011

Suka suki Nor Adawiyah Binti Amzari

Adawiyah sekarang dah pun berumur 1 tahun dan sebulan lebih.. minggu dpn setahun 2 bulan.. sekarang ni dia dah pandai ambil handphone dan cakap2 sorang diri tapi kalau papa dia telefon atau org lain.. dia tak nak ckp langsung... adawiyah juga kuat melaram.. tudung mama dia, dia nak pakai, compact powder pun dia buka dan nak pakai sampai pecah2 powder dia.. hari tu pun dia ambil lip balm mama dia dan calit satu muka.. geram betul.. nasib baik comel..





Ini masa mula2 adawiyah belajar jalan.. mase tu baru setahun.. dengan gembiranya dia berjalan sambil pegang bekas di sebelah.. Adawiyah hanya pandai berkata papa dan dia panggil mama dia mami walhal aku mengajar dia mama.. mami mcm mami monster la pulak.. dia budak yg bijak.. kalau dia kena marah pandai merajuk tapi pandai pujuk mama dia seperti cium mama dia dan peluk kalau saya marah dia.. doakan adawiyah jadi anak yang solehah ye?

Pengalaman seorang guru

Cuti sekolah dah pun bermula dan saya rase seronok dapat bercuti.. maklumlah.. setelah penat melayan kerenah anak murid yang pelbagai dalam satu sekolah, dah tiba masanya untuk cikgu-cikgu berehat dan ibu bapa take over menguruskan anak-anak.. bila lagi nak bonding bersama anak2 kan? Ibu bapa selalu pening bila cuti sekolah datang tapi sedarkah mereka bahawa cikgu2 10 kali ganda pening menguruskan anak2 yang rata2 mempunyai sekurang2nya 40 orang murid untuk satu kelas? kalau ada 4 kelas macam saya ni, maka 40 di darabkan dengan 4 maka jumlahnya ialah 160 orang murid2..

Entah la.. memang ramai yang cemburu dgn cikgu2 dapat cuti panjang tetapi adakah mereka sedar bahawa golongan kami ini susah sgt nak cuti kalau hari biasa? memang kami ada cuti rehat khas sebanyak 7 hari setahun tapi itu tertakluk pada kelulusan guru besar.. kalau tak bagi maka tak boleh la cuti.. mc tuan-tuan dan puan-puan kate? kerajaan mana la boleh ambik mc byk2 dari klinik swasta.. paling byk 15 hari setahun.. kalau kerajaan mmg unlimited tapi nak pergi klinik kerajaan pun makan mase berjam.. entrie kali ni bukan bermaksud saya tak suka kerja cikgu, suka tetapi nak clarify balik pada masyarakat akan masalah2 yg dihadapi oleh seorang guru..

Saya mmg terasa lebih2 lagi bila ada anak kecil. time dia sakit.. mula la mengelabah.. sebabnya susah nak cuti.. dapat guru besar yg memahami takpe la jugak tapi kalau dapat yg tak mcm mane? cuti sekolah memang perlu bagi seorang guru kerana suara boleh hilang kerana asyik menjerit2 menyuruh pelajar faham dan akur akan peraturan2 sekolah.. Saya ada pasang niat tak nak anak jadi cikgu.. sangat letih.. dulu sebelum jadi cikgu, saya pernah bekerja sebagai kerani dan admin executive tapi tak la seteruk ni kerjanya.. bertahun jugak kerja kerani n admin tu.. saya salute cikgu2 yg masih mahu terus berjuang untuk anak2 bangsa.. ketahuilah bahawa anak adalah sebaris dgn sahabat2 nabi kerana kesabaran yg amat tinggi diperlukan untuk menjadi seorang guru yang hebat..

Monday, February 14, 2011

Diriku yang buuuuuusssssssssyyyyyy.............

Aku sebenarnya banyak benda nak tulis tapi sibuk dengan aktiviti sekolah.. memang betul kata orang, guru-guru banyak dibebankan dengan kerja luar sampai susah aku nak concentrate dalam P&P.. tapi aku cube sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik sebab aku tahu duit gaji aku dibayar supaya aku mengajar murid-murid dengan cemerlang di dalam kelas..

Penat jugak melayan aktiviti sekolah yang begitu byk sekali.. aku pegang jawatan pun banyak jugak.. sekarang ni tengah sibuk training budak untuk perlawanan hoki peringkat MSSD. Sebelum ni cikgu Niza dan cikgu Faridzul yang mengajar tapi disebabkan cikgu Faridzul naik pangkat dan ditukarkan ke sekolah lain, terpaksa la aku selaku guru baru dan memang main hoki pun sebelum ni train budak.. yang menjadikan ia lucu adalah disebabkan coachnye dua-dua perempuan dan dua2 ada anak kecil.. dua2 bawak anak ke padang main hoki.. tak sanggup tinggal adawiyah lama sgt di taska.. dah la hantar 6.30 pagi.. tak kan lah kul 7.30 ptg baru nak ambik kan? jadi tiap2 hari Selasa, Rabu dan Jumaat petang, aku latih budak.. hari lain aku sibuk berulang ke HKL tgk ayah mertuaku yang sedang sakit kanser tiroid dan pneumonia..

Aku pulak adalah ketua unit tKRS.. Sibuk nak pastikan budak lulus pentauliahan untuk dihantar naik pangkat.. aku ni leftenan muda masa dekat maktab.. tu la pasal kena jadi ketua.. cikgu2 lain byk yang tak ditauliahkan.. memang seronok tapi yang menjadi masalahnya ialah perlawanan hoki, tKRS dan choral speaking semuanya diadakan pada bulan 4.. aku tgh fikir maacam mane aku nak kerat diri aku kepada 3 untuk pegi semua ni.. hmm.. entahla.. hopefully semuanya ok.. ye, aku tulis choral speaking.. aku kena latih budak tapi script takde ilham lagi nak tulis.. tajuk dia lessons for life.. perah otak lagi..

Aku juga sibuk buat soalan budak year 5.. patutnye kena pegi meeting ketua panitia bahasa inggeris tapi nasib baik la kak normah ade.. kot mane la ada pengalaman lame nak jadi panitia.. aku anggap semua ni cabaran buat diriku dan juga rezeki lepas ada anak.. aku pun ada cita-cita nak sambung masters dan menjadi pensyarah tapi tgk la dulu.. kesian adawiyah nanti kena tinggal selalu.. tunggu besar sikit tapi takut pulak tambah sorang lagi pulak.. hehehe.. aku harap bapa mertua ku cepat2 la sembuh.. kesian tgk dia mcm tu..

Aku terasa badan tak larat.. makan jamu tapi badan jadi panas.. makan awet muda dulu tapi tak sempat nak beli stok baru dgn kak siti.. kekadang sibuk sgt sampai lupa nak makan.. tapi badan tak gak kurus.. makin naik adalah.. huhuhu.. okeylah aku kena sambung cari ilham tulis script.. macam komposer la pulak aku ni.. hehehe.. adios!

Thursday, February 3, 2011

Cara menyusukan bayi melalui botol bagi ibu yang menyusu badan..

Sering kali masalah ini merisaukan ibu yang akan kembali bekerja. Tetapi ketahuilah! Cabaran ini boleh diatasi jika anda mendapat bimbingan yang betul berkenaan cara untuk memberikan botol kepada bayi. Setiap perkara yang baru perlukan latihan dan dalam hal ini anda tidak terkecuali.

Menurut kajian pakar laktasi di Amerika Syarikat, masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan botol pertama kepada bayi adalah ketika dia berumur antara empat hingga enam minggu. Ini dapat memastikan penghasilan susu anda sudah pun stabil dan seterusnya dapat mengurangkan risiko bayi keliru puting. Menunggu terlalu lama sebelum memperkenalkan botol pertama kepada bayi boleh menyebabkan dia lebih gemar menyusu menerusi payu dara dan berkemungkinan menolak botol sama sekali.

Dalam pada itu, pastikan apabila bayi sudah boleh menerima botol, jangan pula ia dijadikan amalan. Gunakan botol hanya apabila anda terpaksa berpisah dengan bayi! Bila bersama bayi, anda perlu menyusukannya terus dari payu dara. Anda tidak seharusnya memberikan botol
sebagai satu tabiat harian jika anda tidak selalu berpisah dengan bayi kerana ia akan
mempengaruhi penghasilan susu. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bahawa
bayi anda tidak lupa dan dapat terus menerima botol anda dinasihatkan untuk
memberikannya botol sekurang kurangnya satu atau dua kali dalam seminggu. Contohnya,
jika anda sedang bercuti panjang.

Anda juga dinasihatkan ntuk menggunakan puting yang alirannya perlahan supaya
walau berapa pun usianya, dia tetap harus berusaha apabila menyusu dari botol. Botol yang
mempunyai leher lebar (wide neck) dikatakan paling sesuai untuk bayi yang menyusu
badan. Antara tip yang dapat dikongsi ialah:

Gunakan puting jenis silikon dan bukannya lateks kerana bayi mungkin tidak suka pada rasa
atau baunya.

Seelok-eloknya alirkan air suam pada puting sebelum memberikannya kepada bayi.Pastikan susu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Anda digalakkan untuk banyak bergerak apabila
memberikan botol kepada bayi. Ini dapat mengalihkan perhatiannya.

Posisi yang disyorkan apabila anda cuba untuk memberikannya botol adalah
menghalakan bayi ke hadapan dengan belakangnya di depan dada anda dan bukan posisi
cradle yang biasa.

Anda tidak seharusnya menyumbat puting ke dalam mulutnya, sebaliknya
membiarkannya menarik puting itu sendiri ke dalam mulutnya

Biasanya bayi akan lebih mudah menerima botol apabila mereka separa sedar. Contohnya, ketika baru bangun tidur atau hendak tidur.

Paling penting! Jangan memaksa bayi kerana ini akan menyebabkan dia menolak botol
sama sekali. Anda perlu banyak bersabar dan jangan berputus asa kerana ini memerlukan
banyak latihan. Sebagai panduan, jangan memberi botol lebih daripada 10 minit setiap
masa. Jika bayi marah dan menangis, anda harus berhenti dan cuba lagi di lain masa.

Ketahuilah! Jika bayi menolak botol sama sekali anda boleh menggunakan kaedah
lain seperti menggunakan sudu, cawan, picagari atau finger feeder (meletakkan tiub halus di
jari anda). Selamat mencuba!

Cara-cara untuk bercerai susu..

Aku ni saje je nak share pasal bercerai susu.. anak aku baru jek 10 bulan tapi aku bimbang kalau2 anak aku tak nak bercerai susu bila masuk 2 tahun nanti.. saje je nak kongsi info yang telah didapati di blog2 dan internet..

Apakah itu bercerai susu?

Bercerai susu membawa dua makna:

  • memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bayi;
  • menghentikan penyusuan badan atau botol.

. Dalam artikel ini, kita bercakap tentang menghentikan penyusuan badan. Anda boleh mendapat maklumat tentang makanan-makanan pertama bayi dalam artikel kami memperkenalkan pepejal.

Adalah baik jika anda tidak memberikan bayi anda makanan selain susu ibu bagi enam bulan pertama dalam kehidupannya. Selepas itu, anda boleh mula memberikan dia pelbagai makanan termasuk juga susu ibu.

Apabila usia bayi anda sekitar satu tahun, dia akan mendapatkan semua nutrisi yang diperlukan dari makanan. Jadi, pada masa itu anda mungkin boleh membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan badan sama sekali. Ini diberi nama menceraikan bayi dari tetek anda.

Jika anda mahu menghentikan penyusuan badan cara perlahan-lahan sebelum bayi berumur satu tahun, anda perlu menggantikannya dengan susu formula. Anda boleh mencampurkan susu ibu dan formula semasa bayi anda membuat transisi ini.

Penyusuan badan adalah masa yang amat istimewa dalam kehidupan seorang ibu, dan menghentikannya merupakan satu pengalaman penuh emosi. Anda mungkin sedih yang tempoh masa ini sudah selesai, tetapi juga gembira sebab mendapatkan kembali badan anda.

Berita baik ialah bahawa bercerai susu tidak akan menamatkan ikatan mesra yang anda dan bayi telah jalinkan sepanjang tempoh menyusu. Sebenarnya, penyusuan badan merupakan permulaan dalam hubungan istimewa anda berdua.

Bilakah masa yang sesuai bagi bayi saya bercerai susu?

Itu terpulang kepada anda sendiri. Anda mungkin mahu mempertimbangkan bahawa pakar-pakar penyusuan badan mengesyorkan perceraian yang digerakkan bayi. Ini bermakna membiarkan bayi anda atau anak bertatih menentukan bila dia mahu berhenti menyusu tetek.

Bagi anak anda, penyusuan badan bukan bermakna mendapatkan makanan semata-mata. Ia adalah cara untuk merapatkan hubungannya dengan anda, dan menerima keselesaan dan rasa selamat. Jika anda biarkan dia berhenti mengikut perkiraannya sendiri, kemungkinan yang anda akan menghadapi masalah berkurangan.

Bagaimanakah saya mula menceraikan susu?

Sebaik saja bayi anda memakan berbagai jenis makanan, anda akan mendapati dengan sendirinya dia kurang meminta susu badan. Jika anda mahu membantu menggerakkan proses ini, ikutilah langkah-langkah ini:

Langkah satu: Biarkan bayi menghabiskan penyusuan sepenuhnya, kemudian berikan dia hidangan kecil makanan. Di ketika ini anda hanya membolehkan bayi anda menguji rasa-rasa dan tekstur. Dia masih mendapatkan kebanyakan makanannya dari susu ibu.

Langkah dua: Sebaik saja bayi anda mula makan dengan baik (tandanya kelihatan daripada najisnya), barulah anda membuat beberapa pertukaran. Cuba dengan beberapa sarapan dahulu; berikan dia makanan sebelum menyusukannya. Lepas itu, anda boleh berikan makanan dahulu sebelum menyusukan dan lakukan ini untuk setiap kali penyusuan.

Langkah tiga: Lama kelamaan, berikan bayi anda air dalam bikar bermuncung lembut untuk menggantikan penyusuan badan.

Berapa lamakah masa untuk bercerai susu?

Anda akan mendapati yang anda mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk menghentikan penyusuan badan, terutama sekali jika bayi anda pun sudah mula bosan dengannya. Atau anda mendapati ianya mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan, atau sehingga enam bulan, atau satu tempoh antara jarak ini.

Memang setiap kes itu berbeza, dan semuanya bergantung kepada berapa cepat dan berapa senang bayi anda membuat penyesuaian. Bercerai susu akan mengambil masa lebih lama jika anda mencubanya sebelum bayi anda bersedia.

Adalah baik jika anda tidak menghentikan penyusuan badan dengan serta merta, sebab ianya akan mengganggu bayi dan membuatkan anda tidak selesa. Anda akan mengalami payudara bengkak dan kemungkinan mastitis, satu penyakit radang tetek (WHO 2000).

Pendekatan yang tidak tergesa-gesa adalah yang paling baik. Namun begitu, berapa cepat pun anda cuba bercerai susu, anda masih perlu mematuhi tiga langkah yang digariskan di atas.

Jika anda berbuat demikian, bekalan susu anda akan mengurang apabila permintaan baginya turun.

Macam mana jika bayi saya tak mahu behenti menyusu?

Jika bayi anda tidak menunjukkan tanda dia mahu berhenti menyusu, bersabarlah. Dia suka berada di tetek anda sebab itu menenangkan dia di samping memberikannya makanan. Dengan pertimbangan ini, anda boleh membantu dia menyesuaikan diri:

Beri keselesaan dengan cara-cara lain
Dengan perlahan, gantikan penyusuan badan dengan cara-cara lain untuk memupuk anak anda. Jika anda lazim menyusukan bayi anda untuk menenangkannya, cuba pula cara lain untuk membuat dia tenteram. Anda boleh membaca buku bersama-sama, nyanyikan dia, atau main mainan sebagai alternatif.

Cuba lewatkan penyusuan
Melewatkan penyusuan adalah efektif jika anak anda itu lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak bertatih anda minta disusukan, katakan yang anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang, dan beritahu dia yang dia mesti tunggu sampai masa tidur.

Pilih masa anda
Peristiwa besar dalam hidup membuatkan bercerai susu lebih susah. Adakah anak anda sakit baru-baru ini? Selalunya bayi yang tidak sihat mahu menyusu lebih kerap. Sebenarnya, penyusuan badan mungkin mendatangkan kebaikan untuk bayi yang sakit.

Begitu juga jika anda baru kembali bekerja, atau pindah rumah, anak anda mungkin masih menyesuaikan diri kepada pertukaran itu. Jika demikian, mungkin sekarang bukanlah masanya untuk membuat perubahan besar dalam kehidupan anak anda. Cuba lagi dalam masa sebulan. Lambat laun, ianya akan berlaku.