Minggu ini adalah minggu Final Exam untuk Sekolah Rendah Daerah Klang. Selalunya kertas Bahasa Inggeris akan mula dulu tapi entah kenapa kertas Bahasa Inggeris adalah pada hari Khamis ini. Jadi apa lagi, saya pun sibuk surf internet cari bahan2 mengenai hypnobirthing, homebirthing, labour without pain dan seangkatan dengannya. Memang menarik apa yang kita boleh cari di internet. Yang penting kena rajin membaca.
Saya memamg berdebar nak melahirkan anak kedua ini. Ya lah. Anak pertama dulu memang senang nak bersalin tapi sampai sekarang teringat yang perut tu lapar sangat dan tak larat nak push.. Memang terseksa rasenya nak push tak ada tenaga. Makan yang terakhir adalah pada pukul 7.30 pagi dan bersalin pada 2.42 minit petang. Sebelum tu dah membuang air besar sebanyak 7 kali. Pergi hospital pun buang air lagi. Silap saya kerana tak maklumkan pada doktor sudah membuang air besar, jadi dia pun bagi ubat buang air besar lagi. Kali ini tekad nak bawak air milo dan telur rebus dalam labour. Makan dan bagi tenaga..
Saya banyak membaca dalam internet dan mendapati bahawa bersalin ini adalah sesuatu yang sepatutnya indah dan tidak menyakitkan. Masyarakat sahaja yang banyask menakutkan kita. Sebenarnya kalau kita kembali pada fitrah manusia, memang seorang wanita mampu untuk menanggung kesakitan sewaktu bersalin. Yang penting ingat Allah SWT, minta ampun pada suami dan ibu semasa nak bersalin, berdoa dan bertawakal. Peringatan pada diri sendiri jugak ni.
Dulu masa bersalinkan Adawiyah memang kurang sabar dan tak tahan sakit. Bukan sebab apa, punca utama sebab tak tahu dan lapar. Kalau diingatkan kembali kalau saya berzikir dan mengingati Allah mesti prosesnya tidak memenatkan saya kerana apabila kita tenang dan tidak marah maka proses kelahiran akan berlaku dengan pantas, mudah dan kurang menggunakan tenaga yang banyak. Lapar pun boleh teran.. (Doa-doanya begitulah)
Sebagai persiapan untuk bersalinkan yang kedua ni saya banyak buat breathing practice dan berzikir selalu.. Moga-moga dipermudahkan segalanya.. Temper pun dikawal juga agar tak cepat marah dan melenting. Saya hanyalah manusia biasa. Tak lari dari membuat kesilapan. Doakan saya agar mudah bersalin.. Insyallah.. Due bulan Januari tahun depan.. ;)
No comments:
Post a Comment