Saya sekarang tengah sibuk membaca.. Online reading, book reading, article reading and etc.. Semua mengenai natural birthing... Mentang2 dah 29 minggu mengandung.. jadi nak siap kan diri dengan segala ilmu untuk bersalinkan anak yang kedua ini nanti.. Anak pertama dulu memang senang nak bersalin tapi yang ingat sgt ialah saya sangat lapar dan takut.. Patut baby dah keluar tapi tak larat nak teran sebab lapar dan sakit.. Sakit sebenarnya saya boleh tahan tapi sebab takut jadi sakit tu jadi makin sakit..
Saya ada baca buku tentang Childbirth Without Fear.. Ditulis oleh Grantly Dick Read.. Dia adalah seorang doktor O&G dari US.. Dia sangat memperjuangkan Natural Birthing.. Buku dia hanya adala tulisan.. Mmg tebal tapi worth reading it.. Saya dapat e-reading dari facebook group The Gentle Birthing Group of Malaysia.. Memang sangat menarik.. Saya dapat banyak info dari group ni.. Dalam buku Childbirth Without Fear, ada satu ayat yang saya sangat suka iaitu..
Natural Birth is Fearless Childbirth, Trained Childbirth, Relaxed Childbirth, Easier Childbirth and Satisfying Childbirth..
Menarik kan? Saya memang sangat teruja dengan kelahiran anak yang kedua ini.. Saya sedang cuba hypnobirthing.. Nak pegi kelas jauh dan mahal sangat jadi buka you tube dan online reading mengenai hypnobirthing.. Sekarang ni nak pegi beli buku Hypnobirthing dan Ina May's Guide to Childbirth.. written by Ina May. Tengok macam menarik.. Nasib ada suami yang sangat supportive untuk mengeluarkan duit dan mendengar segala info yang saya baca.. Dia tak suka baca tapi dia suka dengan maklumat2 yang saya baca.. Saya sekarang nak download lagu zikir untuk diamalkan dalam labour room nanti.. Saya berdoa pada Allah swt supaya dipermudahkan bersalin..
Selalu ingat pesan mak, mengandung khatamkan satu quran kemudian amalkan surah maryam, luqman, yusuf.. Sekarang ni baru juzuk 25.. Tengah nak pulun khatam supaya boleh mengamalkan suranh2 amalan ibu mengandung.. Kemudian dia pesan lagi minta ampun dengan suami dan minta dia mudahkan bersalin.. Insyallah.. Allah mudahkan..
Memang bersalin itu sakit tapi kita harus tahu bagaimana untuk mengatasi sakit itu.. Semoga semua ibu mengandung dilindungi oleh Allah swt.. Insyallah..
No comments:
Post a Comment