Wednesday, June 3, 2015

Itinerary mengikut suami bekerja di Copenhagen, Denmark, Vaxjo, Sweden and Dubai, UAE Bahagian 1

  First and for most I would like to just say that it has been ages since I last write in my blog.. Memang dah bersawang dah blog ni nampaknya.. So, hari ni i nak tulis pasal my trip to this 3 countries.

  Memang tak ku sangka dapat pergi ke sana. Mula mula tu memang sepatutnya hubby je pergi sana sebab atas urusan kerja. Tup tup last minit hari Rabu (13/5/2015) baru beli tiket sedangkan nak perginya sabtu minggu itu. (16/5/2015).

  Perkara yang kedua pula bawak pulak anak anak ku yang berusia 2 dan 5 tahun. Memang kerja gila! Pasal apa? Pasalnya naik flight pertama from KL to Dubai dan 6 hours 30 minutes, then transit 3 hours, lepas tu continue with flight from Dubai to Copenhagen 6 hours and 30 minutes jugak. After that we have to board the train from Copenhagen, Denmark to Vaxjo Sweden for 3 hours! Bayangkan berapa lama baru sampai destinasi?

  Aku pun tak sangka boleh teruskan jugak plan ni. Duit dalam tangan memang tak cukup sebab flight tiket beli last minute. So terpaksa la keluarkan duit dari BSN Prudential Takaful. Nasib baik la cukup.. Dewasa RM3,500 dan kanak kanak RM2,800 seorang.. Aku kena bayar semua sekali dalam RM9,500!!

  Memang mula mula nak tinggalkan je anak anak aku dekat Malaysia tapi mak mertua aku baru dapat cucu, tak kan la dia nak jaga 7 hari kot! Lepas tu mak aku pulak tetiba je tak sihat. So angkut la semua sekali ke Sweden..

  Cuti sebagai seorang guru pun tak banyak.. 7 hari je setahun sebab katanya cuti sekolah dah banyak. Masalahnya time laki aku pi outstation je confirm time bukan cuti sekolah.. Nasib baik la guru besar aku sporting.. Lulus gak cuti aku walaupun last minute.

  Aku pun rancangkan la dalam masa yang beberapa hari je untuk pertama sekali buat passport aku dan anak anak. Aku pun pi la hari Sabtu dekat Pelabuhan Klang Jabatan Imigresen. Mula kami sampai pukul 7.30 pagi. Nampak la ramai orang duk beratur. Imigresen buka pukul 8 pagi. Aku dengan laki aku duk cakap la.. kenapa la diaorang ni duk beratur panjang panjang.. Imigresen belum bukak lagi.

  Aku pun lepak la dalam kereta dengan anak anak sebab malas nak beratur. Lepas je kul 8 pagi imigresen pun buka. Rupa rupanya beratur kena ambil nombor! Sampai je dekat sana kami kira antara yang last dapat nombor. Lepas je kul 8.15 nombor habis. Memang Allah nak tolong. Kalau tak memang tak buat passport la jawabnya.

  Punya lah lama nak tunggu giliran. Aku dekat Imigresen dari pukul 7.30 sampai pukul 1.00 tenghari. Kami lah orang yang terakhir keluar dari Imigresen.. Memang kalau dah rezeki kami dapat buat passport.. kalau tidak memang tak jadi la kami pi europe.

  Untuk pengetahuan semua memang aku tak pernah pi overseas pun. Aku pernah pi umrah je masa tu tahun 2002 kalau tak silap aku. Singapore pun aku tak pernah pergi.. Apatah lagi Indonesia..
Tup tup dapat pi Europe you! Siapa la tak excited macam aku ni..

  Aku pun pi la rancang bawak 3 bag. Satu hand carry and 2 check in bag. Tak boleh nak bawak banyak sgt sebab tiada sesiapa nak tolong angkatkan beg tu. Kami naik Emirates sbb aku tgk dia memang cater for kids. Mmg dia akan bagi soft toys and coloring book untuk anak anak kami. Bag pun kami dapat. Makanan pun diaorang masak khas untuk anak anak. Macam macam la kami dapat sampai tak muat bag handcarry nak bawak turun.

  Tu belum lagi entertainment dia yang dipanggil ICE iaitu Information, Communication and Entertinment. Ada dalam 60 koleksi cerita Disney. Confirm anak anak tak akan bosan walaupun flight dia lama. Cerita untuk mak bapa pun best. Games pun boleh main. Seat dia pun besar. Memang puas hati la.


 Ini gambar masa dalam flight ke Dubai. Overall seat dia mmg besar dan selesa walaupun hanya kelas ekonomi. Alhamdullilah anak anak kami baik je dalam flight dan takde la mragam macam pergi Sabah hari tu yang memakan masa hanya 2 jam setengah. Mungkin sbb airasia seat dia sempit dan tak ada soft toys macam emirates bagi. Berpatutan la dengan harga yang diberikan. Tetapi aku ada buat comparison price dengan qatar airlines dan turkish airlines. Ternyata emirates harga dia tak la murah tetapi harga dia di tengah tengah antara turkish airlines dan qatar. Qatar lagi mahal. Kalau dewasa sahaja RM4,500.. beza almost RM1,000 jugak tu!


Ini passport kami yang last minute buat tu!


Ini ICE yaang aku duk tulis dan sebut tu.. Memang boleh tengok flight dari kamera hadapan dan bawah.


Tengok anak anak aku.. bukan main seronok lagi diaorang!


Ini masa flight from KL to Dubai.


Ok lah.. aku nak kena masuk kelas tambahan mengajar subjek Bahasa Inggeris untuk murid murid nak UPSR tahun ni. Nanti aku sambung lagi ya? 



No comments:

Post a Comment