Sunday, June 7, 2015

Itinerary mengikut suami bekerja di Copenhagen, Denmark, Vaxjo, Sweden and Dubai, UAE Bahagian 2

  Okey, saya nak sambung cerita pasal pergi ketiga tiga negara di atas. Bahagian 1 saya dah pun cerita bagaimana saya dengan last minute semuanya pergi buat passport, beli tiket kapal terbang dan perjalanan di atas kapal terbang. Sekarang ni saya nak cerita pengalaman berada di Vaxjo, Sweden. Sebutan dia bukan Vaxjo tapi vakhio.. Kawasan ni telah diberi gelaran the most greenest city in europe.

  Memang green pun sebab kebanyakan penduduk naik basikal ke tempat kerja dan mereka selalu berjogging di tasik mereka sepanjang 4.7 km!! Memang terperanjat juga sebab diri ini tidak pernah ke luar negara selain mengerjakan umrah sahaja.. itu pun tahun 2004.. lama sangat dah tak berjalan.. setakat dalam negara je.



  Ini peta tasik mereka. dekat sini 90 percent mereka boleh berbahasa inggeris dan inggeris mereka lebih kurang british english jadi sangat mudah nak faham. Memang friendly orang orang disini sebab kalau minta tolong confirm dia tolong sampai kita dapat apa yang kita minta tolong tu. Lebih kurang orang kita jugak la. Orang islam memang minoriti di sini jadi nak cari makanan halal memang susah sikit la kecuali vegetarian. Nasib baik la dah bawak luggage satu beg penuh dengan makanan seperti bubur instant knorr, roti, sambal hitam, biskut, susu dan macam macam lagi.


Ini makanan yang kami beli semasa di sana. Nama dia falafel.. tak pasti betul ke tak ejaan dia tapi bunyi dia macam tu la. Semua vegetarian. dalam dia isi carrot dan sayur. Kalau tak makan makanan macam ni kami makan pizza je. Janji dia ada tulis shawarma.. confirm halal.


Ini pizza dia.. memang besar dan mahal sikit tapi roti pizza dia sedap.. tak macam dekat Malaysia.. Memang padat la. Ini pizza daging.. Cari yang tulis shawarma je. Sepanjang kami di sana. Memang tak risau pasal pick pocket langsung. Senang dan mudah nak bawa anak anak jalan jalan sambil tunggu husband balik kerja. Dia kena pergi Alstom dkt Vaxjo. Sini tak banyak sangat benda boleh buat tapi pemandangan dia cantik cantik.


Ini masa dekat taman sekitar tasik Vaxjo.


Pada waktu ni pukul 7 malam tapi masih terang sebab malam dia pendek, maghrib pukul 9.30 malam, isyak pukul 11.30 malam dan subuh pukul 2.30 pagi. Sekarang musim luruh. Suhu 5 darjah celcius.  Memang sejuk tapi bila angin bertiup lagi tak tahan sebab angin dia kencang.. bukan macam dekat Malaysia. Kalau anda perasan dekat sini adalah laluan basikal dan pejalan kaki. Setiap kali basikal lalu dia akan merekodkan berapa banyak yang dah lalu supaya mengajak mereka semua berbasikal.. memang unik.


Ini pun sekitar tasik vaxjo



Kalau nampak tulisan dia.. Sejarah vaxjo.. Tasik dia kalau musim sejuk akan keras dan mereka akan bermain ice skating di atasnya. Kereta pun boleh lalu di atasnya.


 Menurut kata Christen seorang pekerja di Alstom. Ada seorang botanist yang sangat terkenal nama dia Lineur.. ejaan tak pasti tapi sebutnya begitu. Dia yang menjumpai organ seks di dalam tumbuh tumbuhan dan dikacukan sehingga menjadi bunga yang cantik.. Memang cantik pun..


 Ini terpaksa pakaikan anak carrier sebab selalu berlari tanpa tahu arah tuju..


Anak daraku yang seronok dapat pergi tempat sejuk.

 Ini sejarah dia tapi most of the time tak faham sebab walaupun mereka pandai berbahasa inggeris tapi mereka sangat mengagungkan bahasa scandanavian.. Memang susah nak cari tulisan inggeris di sini.


 Cantik kan pemandangan di sini. Memang satu kelainan. Mengamit perasaan tenang ketika i sini.



Baju sejuk, gloves yang saya pakai semuua adik adik yang punya. Nasib baik ada adik adik yang selalu travel.. saiz badan pun lebih kurang sama.. kalau tak terpaksa beli baju sejuk yang boleh tahan jugak harga dia. Memang pengalaman yang berharga dapat jalan ke sini. Ornag orang sini age gap mmg banyak. Mereka tak ramai penduduk. The whole of Sweden baru 9 juta orang. Jadi bila bawa anak anak mereka sangat suka sebab susah nak cari budak budak dekat sini. 

  Sweden adalah satu negara yang menerima pelarian disebabkan oleh kekurangan penduduk. Mereka akan ambil dan sekolahkan mereka. Dengan syarat mereka bekerja dengan mereka. Memang salute sebab tak ada diskriminasi sepanjang kami di sini. 


Ini gambat Mathias.. pekerja Alstom masa dinner dgn diaorang.. Sangat tinggi mereka ni.. terasa pendeknya la..


Ini masa naik train dari Copenhagen, Denmark ke Vaxjo,Sweden. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam untuk sampai. Memang penat tapi berbaloi.


Pengalaman berharga yang memang tak dapat saya lupakan. Semoga ada rezeki ingin saya ke sana lagi. Insyaallah.. Nanti saya ceritakan pengalaman di bumi Denmark pula ya?


No comments:

Post a Comment