Semasa perjalanan ke Vaxjo, Sweden memang kami singgah di Copenhagen tapi sebab nak cepat kami singgah sebentar sebelum ke Vaxjo, Sweden. Kami naik train ke Vaxjo selama lebih kurang 3 jam. Cuaca 5 darjah celcius yang sejuk dan nyaman memang menyeronokkan dan tak pernah dialami. Semasa pergi ke Sabah pun tidak sesejuk sini. Kami bermalam di sini masa nak balik ke Malaysia. Jadi pitstop banyak sikit supaya anak anak dan mak bapa takde la penat sangat macam waktu datang tempoh hari.
Ok. Kami menginap di Hotel Rye di Copenhagen. Harga dia dalam RM600 duit Malaysia. Kami kena berkongsi toilet. Masa di Vaxjo pun rate dia lebih mahal kerana biliknya lebih besar dan eksklusif. Di hotel Rye kami kena berkongsi tandas. Ini gambar hotel tersebut.
Memang sangat besar dan homely. Kami sukakan hotel ini. Cumanya yang tak best kena kongsi toilet dgn mat salleh lain. Mereka ada tabiat tak suka lantai toilet basah jadi kami kena adaptasikan dengan kena keringkan lantai setiap kali guna. memang payah jugak la..
Yang ini hotel kami di Sweden, memang besar dan selesa. Lupa nak tangkap gambar bilik sebab terlampau letih. Sampai je hotel pukul 5 petang kami anak beranak tertido sampai pukul 12 malam sbb nak solat maghrib dan isyak secara jamak. Pukul 2.30 pagi dah subuh jadi mmg tak boleh nak lelapkan mata balik.
Perbezaan Copenhagen dengan Vaxjo ialah Copenhagen adalah tourist attraction jadi ramai tempat menarik disini tapi jika di Vaxjo bukan tourist attraction jadi kami dapat belajar budaya mereka sebab mereka tak biasa menerima tetamu dari Asia.
Di Copenhagen lagi susah nak cari makanan halal sebab memang tak ramai muslim di sana. Di Vaxjo ramai juga kami nampak orang pakai tudung. Di sini susah betul nak jumpa.
Ini gambar masa di Copenhagen. Dekat belakang kami sepanjang panjang jalan dijual arak yang banyak. Bayangkan arak lagi murah daripada air mineral? Sejuk macam ni memang diaorang suka minum arak kot. Kami beli tiket bas online. Suami yang jumpa. Kena download software nama mobililitter. Lebih kurang macam tu la nama dia. Beli tiket online 24 jam. harga dalam RM40 duit kita. Kanak kanak bawah 12 tahun adalah percuma. Kami beli tiket pukul 10.30 pagi jadi expired kul 10.30 pagi esoknya.
Boleh naik mana mana bas dan water bus keliling Copenhagen. Memang best sbb tunjukkan online tiket je. Lepas tu boleh naik bas dah. Satu lagi saya lupa nak khabarkan pasal Sweden. Jangan terkejut tau kalau pergi sana, memang tak payah tukar duit langsung. Cuma activatekan kad kredit. Naik bas pun bayar pakai kad kredit. Terkejut jugak la kami. Setiap 7 eleven pun ada tempat nak letak kad kredit untuk kita letak dan bayar. Slot kad kredit tu mmg dahm menghadap kita dah pun.
Ini gambar dalam waterbus. Dalam bas tak ambil sbb naik bas kejap kejap je.. Lagipun ramai sangat orang jadi mmg x sempat nak tangkap. Tambahan pula beg banyak.
Ini waterbus yang lain. Kami naik free sebab dah bayar dgn tiket 24 jam tu. Sangat murah dan mudah. Tiket 24 jam tu pun boleh diguna pakai untuk naik metro atau lebih dikenali sebagai keretapi. Jadi memang saving dari segi tu. Naik waterbus tengok pemandangan. Memang cantik..
Unik je bangunan dekat Copenhagen ni. Memang berbaloi ke sini.
Ini rumah sepanjang kami naik waterbus. Memang unik betul. Lain benar dgn stuktur bangunan di Malaysia.
Ini gambar kedai Doner Kebab dekat Copenhagen. Kami terpaksa jalan kaki selama 30 minit sebab tak tahu nak naik bas yang mana satu. Tapi memang berbaloi makan dekat sini. Gambar di atas masakan fish and chips dia. Sos dia mmg sedap! Ingat nak tangkap gambar selepas habiskan suku makanan. Lapar sangat tau!
Yang ini makan kebab roti dia. Memang sedap la. Murah pun murah dan portion dia memang banyak. Puas hati la makan.
Hari kedua kami terpaksa bermalam di hotel lain sebab kami salah tengok tiket nak naik flight bukan esok tapi lusa, Jadi kami pun dapat menginap di Generator Hostel. Mula mula memang berat hati nak duduk dekat sini sebab nama pun hostel tapi memang standard dkt sini walaupun hostel tapi taraf macam hotel. Kalah tunes hotel. Bilik takde la besar mana tapi ada toilet sendiri dan tak perlu lap lantai lagi.. ahaks! hihihi. Masih lagi RM600 sebab booking last minute tapi kalau awal boleh dapat harga RM300 je.
Ini lah hostel yang kami duduk hari kedua di sini.
Ini sebuah church di Trivoli. Masa ni jam pukul 8.30 malam.
Ini dekat taman di belakang hotel. Masa ni jam pukul 9 malam. Maghrib pukul 9.30 malam.
Ini kedai favourite suami ku. Kedai hardrock. Ramai sangat duk pesan baju. Jadi lepak di sini dulu. Dah tak larat nak tulis. Nanti saya ceritakan pengalaman di Dubai pulak ya?
No comments:
Post a Comment