Thursday, October 21, 2010

Akibat sibuk berFB


Adawiyah suke guling masuk dlm comforter..


Seronoknye anak mama ni.. suke benor senyum manis..


Adawiyah masih tersenyum..

Ni aku nak cerita sikit.. kesilapan aku sendiri... semalam.. aku seperti biasa menyusukan anak aku atas katil.. macam biasa.. adawiyah akan tertido selepas menyusu.. aku pun biar la dia atas katil.. aku pun on lap top dan terus ber FB.. tak lame lepas tu aku terdengar sesuatu.. aku toleh tgk atas katil adawiyah dah takde.. aku meluru masuk bilik dan nampak adawiyah dah ada dkt atas tilam dia.. dia jatuh katil besar tu.. nasib baik ada tilam tebal.. dia tgk aku terus menangis.. aku cepat2 angkat dia dan peluk dia kuat2.. menyanyi dkt dia takut dia lemah semangat..

Teruk kan mama adawiyah ni.. dia jatuh meniarap.. periksa tgk dia ok.. terperanjat je la.. nasib baik ada tilam adawiyah yg mahal tu.. dah la kecil tapi berbaloi.. bimbang kalau ape2 jadi dkt dia.. aku pun menyusukan dia atas katil dia jek.. alhamdulilah adawiyah takde ape2.. gambar di atas adalah gambar adawiyah selepas jatuh.. sempat senyum2..

Moral of the story, jangan la sibuk ber FB kalau ada anak kecil dkt rumah.. taubat aku tak buat lagi.. sori adawiyah... mama love u so much... papa pun dah sound mama dah.. i deserve it..

Tuesday, October 19, 2010

Adawiyah at 6 months 2 weeks..


Dah lama tak update blog aku ni.. nway, adawiyah dah 6 bulan 2 minggu.. dia sangat la pandai.. masuk je 6 bulan dia dah tak nak minum susu botol.. mama dia pun pening kepala.. siap pergi littlewhiz.com dkt setia alam dan beli la botol breast flow and tommy tippee.. yang berharga RM150.. siap beli five way cup sebab kot la dia nak minum pakai straw atau lubang ada tiga tu.. pergh.. habis duit mama dia.. semua adawiyah tak nak.. aku bimbang dan taska dia terpaksa bagi minum susu pakai picagari.. bayangkan lah.. anak aku ni punye bijak..
Aku cakap ni tak boleh jadi lalu aku mula bagi anak aku makan bubur heinz.. yang berharga RM6.90.. mahal gak.. ingat nak beli cerelac tapi mcm tak best jek.. nak yg mahal jek mama dia ni... aku kena campur dgn susu ibu baru dia makan.. kalau air kosong memang dia reject.. nasib baik dia nak makan.. seminggu jugak la anak aku tak nak minum susu pakai botol.. last2 cikgu dia letak bubur heinz tu dlm botol susu, baru la dia nak minum.. ada2 je la anak aku.. dulu ok jek.. saje buat mama risau..
Sekarang adawiyah makan labu dan jagung manis product daripada heinz.. harga RM3 lebih satu.. hari ini aku try masak bubur tapi adawiyah tak berapa nak.. so aku bg gak labu dan jagung heinz.. yang itu dia suke tapi mama dia tak suke.. hehee.. takpe la.. janji dia nak makan.. nanti aku try lagi bagi dia bubur.. cikgu dkt taska ckp budak mmg mcm tu.. takes time baru nak mkn bubur..
alhamdulilah anak aku semakin pandai.. dia dah mula sebut papa tapi mama takde.. mungkin sikit lagi kot.. aku cume doa supaya dia sihat sentiasa.. aku nak upload gambar adawiyah lagi tapi tak sempat.. nak kena pegi sekolah dah..