Monday, December 3, 2012

Potty Training yang amat memenatkan..

    Blog kali ni mengenai cara aku mempotty trainkan anak aku.. First and for most aku sedang bercuti sekolah sekarang. Jadi ingatkan ada la banyak masa nak potty trainkan anak. Tapi ada pulak hockey practice untuk tournament tahun depan.. Aku malas sebenarnya nak PT kan anak sebab aku sekarang tengah mengandungkan anak kedua 33 minggu.. Jadi boleh bayangkan betapa terseksanya nak PT kan anak sambil mengendong perutku yang besar. Tapi aku pasti dan yakin ada sebab untuk semua ini.

   Ceritanya begini, anak aku kena ruam lampin yang sangat teruk. Dua minggu.. Aku pakai kan daiper rash johnson & johnson. Dia dah nak ok tapi kena balik.. Makin teruk pulak jadinya. Kemudian aku pun try la ubat yang doktor bagi dulu masa adawiyah masuk hospital.. Macam makin ok tapi pastu kena balik. Akhirnya aku ambik keputusan jumpe doktor. Habis kena sound dengan dia. Katenya aku bagi ubat yang salah. Dia bagi aku ubat untuk kurangkan ruam itu dan sambil tu suruh aku jangan pakaikan lampin buat sementara waktu.

  Aku pun ikut la cakap doktor. Hari pertama tak pakaikan lampin adawiyah memang asyik accident je.. Mesti kena lap and tukar panties dia banyak kali. Dalam pukul 4 petang baru dia faham nak kencing masuk dalam tandas. Malam aku pakaikan jugak pampers sbb takut kotorkan tilam dia. Lagipun tak beli lagi cover tilam untuk kencing.

 Hari kedua makin ok kecuali malam masih lagi pakaikan pampers. Masuk hari keempat kami bertolak ke Sik, Kedah sebab ada kenduri kahwin. Yup! At 33 weeks boleh traveling jauh. Gila kan? Nak buat macam mana.. Terpaksa... Aku pakaikan jugak pampers tapi dia tahan kencing. Jadi tak pakaikan lah dia pampers. Cuma asyik kena stop every 1 hour lepas dia minum susu. Adawiyah memang kuat minum susu. Itu yang nak kena selalu berhenti. Sabar je la..

   Masuk hari kelima dia boleh pulak kencing dalam seluar masa kitaorang tengah sedap makan durian.. Nasib baik dekat tepi jalan. Jadi jirus dia sikit and mandikan dia dekat toilet. Lepas tu dia buat hal lain pulak.. Dia tak nak berak.. 2 hari tahan berak. hari ketiga pagi tu kitaorang nak keluar rumah. Dia duk pegang bontot dia and cakap tak nak berak.. Saya bagi tau suami tunggu sampai dia berak sbb dia nak berak tapi tahan.. Memang lepas tu dia berak and tahi dia masyaallah memang la banyak.. Nasib baik berak jugak.. Malam tu kami pegi giant. Beli plastic cover meja buat alas tilam dia. Jadi tak pakaikan pampers malam tu. so far ok alhamdulilah sampai esok pagi kul tujuh dia jerit kencing! dah terkucil sikit tapi nasib ada plastic cover tu.. First day jadi tak kisah sangat.. Ajak dia pegi toilet memang banyak air kencing dia..

  Hari ni so far so good.. pandai kencing sendiri.. Tak terkucil lagi setakat ni.. Ruam dia pulak makin ok cuma masih ada lagi.. Aku cuma rasa bersalah dekat anak sebab kekadang marah dia sebab terkucil dan terpaksa cuci semua.. Aku memang la tak ready nak PT kan dia tapi disebabkan ruam dia aku pasrah dan redha.. Mungkin Allah ada rancangan yang lebih baik untuk aku.. Tapi memang la nak PT ni memerlukan kesabaran yang tinggi.. Nak2 kita tengah menunggu hari dan penat.. Semoga Adawiyah boleh potty train sendiri selepas ini.. Insyallah..

No comments:

Post a Comment