Wednesday, July 19, 2017

Itinerary Bercuti sambil bekerja di bandar Lyon dan Paris, France

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

    Lama sangat dah aku tak berblog. Last post tahun 2015. Itu pun sebab baru balik daripada Sweden. Ini post setelah 2 tahun ke sana. Tahun 2017 aku dapat peluang mengikuti suami ke Lyon dan Paris pula di France.

    Jujur aku katakan sepanjang aku anak dara tak pernah aku melancong ke luar negara kecuali umrah. Itupun tahun 2003 dan ibu aku daat bonus dan bawa kami anak beranak ke sana. Philippine pernah pergi tapi umur aku baru 2 tahun. Indonesia, Singapura, Thailand pun aku tak pernah sampai.

    Rezeki aku dapat suami dalam 2 tahun sekali dapat peluang ke luar negara. Dapat la jugak aku merasa pergi merata tempat. Alhamdullilah, syukur kepada Allah.

    Ok la.. cukup la introduction aku ni. Kali ni aku dapat ke Lyon, France sebab suami aku kena check mesin di sana. aku ke sana 4hb Julai 2017 pada hari Selasa malam. Flight pukul 8.30 malam.

    Kali ini aku bawa 3 orang anak. 7 tahun, 4 tahun dan 1 tahun 4 bulan. Aku tak menyangka dapat pergi kerana pertamanya bukan waktu cuti sekolah. (ye la kan, aku cikgu jadinya cuti hanya ada 7 hari seminggu itu pun tak dapat direct 7 hari. hanya boleh cuti 3 hari berturut turut. selebihnya kena mc atau lain lain) keduanya, passport anak aku yang setahun 4 bulan belum buat lagi.

    Aku buat passport anak aku hari isnin 3hb Julai 2017 di UTC Keramat Mall. Buat waktu malam. Ingatkan boleh siap malam tu jugak tapi sebab aku sampai pukul 9 malam dan proses nak buat passport 1 jam aku terpaksa ambil esok harinya iaitu pukul 8 pagi.

    Ok, masa ini tiket flight belum beli lagi. mesti korang kata aku gila kan? Ok memang gila sebab aku tak sangka nak pergi pun. Aku beli tiket pukul 1.30 petang hari Selasa 4hb Julai 2017. Aku terpaksa beli tiket di Qatar airways di Jalan Sultan Ismail sebab aku tak boleh nak bayar online lebih daripada RM10,000. Maklum la kami berdua tak pernah buat transaksi melebihi RM10,000. Pening kepala sebab kalau kami beli tiket asing asing takut terpisah dan tak dapat seat sekali. Beli di kaunter lebih mahal kerana dia kira servis charge. Akhirnya kami beli je la. Janji ada tiket kan?

    Kira tiket kami masih murah lagi kerana Qatar Airways kena boikot masa ni oleh Arab, Mesir dan lain lain negara jiran jadi flightnya jauh lebih murah berbanding Emirates, Thai Airways dan lain lain. Beza dalam Rm1,000 jugak. Banyak tu!

    Dah settle beli tiket aku pun balik rumah. Sampai rumah dalam pukul 2.30 petang. Solat dan mandi kemudian kemas beg dalam tempoh 2 jam sahaja kerana teksi KLIA akan datang pukul 5 petang. Check in pukul 6 petang. Kata kawan aku, ko packing macam nak balik Kedah je weh! Memang pun. Gila ko pergi Paris packing untuk 4 orang sekejap je?

    Disebabkan itu aku salah kira pampers anak aku menyebabkan aku terpaksa beli pampers di sana. Mata wang masa ni sangat tinggi. Mereka pakai euro dan 1 euro diaorang bersama 5 ringgit kita. Memang parah jugak la nak shopping di sana.. Kasut anak aku pula terpaksa beli di sana sebab tercicir masa aku dukung dia. Kasut dia sahaja 20 euro bersamaan rm100.. sigh..

    Lupa aku nak bagitau yang sebelum aku buat passport anak aku di Keramat Mall KL, cermin kereta kena batu sebesar 2 penumbuk akibat kereta lain yang melanggar batu itu dan melantun ke kereta aku. Time tu suami yang drive. Pecah sampai dalam. Memang rasa dah tak nak pergi dah sebab keluar duit lagi. Aku tak insure kan cermin tu. Selalunya ambil tapi entah kenapa tahun ni tak renew cermin kereta. Melayang RM780 sekali tinted lepas aku balik dari France.

    Lepas tu akibat penat kehulu ke hilir laki aku mengantuk bawak kereta terlanggar kereta honda baru. Melayang RM400. Itupun terima kasih banyak pada abang aku sebab tolong dapatkan mekanik murah dan bagus.. Kalau pergi under honda mau aku kena bayar RM1,200..

   Banyak sangat dugaan time nak pergi ni. Masa di KLIA pula kasut baby aku tercicir. Dia baru dapat kaki. Nasib baik la stokin adik aku beli di korea ada biji bij kecil untuk halang dari tergelincir di tapaknya. Pakai itu dulu sementara beli di Paris yang kasutnya 20 Euro bersama RM100 duit kita! Dugaan lagi.. Ok.. Habis part 1. Aku sambung part 2 pula lepas ni. Aku belanja sekeping gambar.. Gambar2 lain di part 2 pula ya?
 

Ni gambar time aku baru sampai airport KLIA..


No comments:

Post a Comment