Wednesday, July 19, 2017

Itinerary bercuti sambil bekerja di Lyon dan Paris, France part 3

Ok, ini sambungan part 3

Tiba di Lyon, France kami menetap di Mecure Hotel de republican. Ada banyak mecure hotel di sini tapi kami duduk di sini. Bilik ok besar la jugak. Semalam dalam rm800. Ini company suami tolong bayarkan jadi tiada masalah.. hihihi..


Ini biliknya.. sebelah tu bilik air.. ok la untuk duduk berlima dalam ni.

 Ini lobby hotel. Kecil tapi selesa. Hotelnya macm rumah kedai je tapi dekat dengan segalanya.

    Suami kena kerja esok harinya. Kami tiba di hotel dalam pukul 6 petang. Memang flat sebab penat travelling tak habis habis lagi. Kontraktor ajak makan malam tapi suami je yang pergi sebab ketiga tiga anak tidur dan tak bangun bangun. Maknya pun join sekali.. hihihi. Sini malam lambat gelap. Dalam pukul 9 malam pun terang lagi.. tapi kedai sini majoriti buka pukul 10 pagi dan tutup pukul 7 petang.

    Oh ya, lupa nak bagitau dari train station lyon kami naik teksi dalam 30 euro. Itu pun suami boleh claim. Alhamdullilah. Sini makanan halal senang sebab ramai muslim sini. Jadi bab makan memang takde masalah. Sediakan duit je lah..

    Hotel ada sediakan breakfast tapi kami makan roti dan telur sahaja sebab tak tulis halal. Aku beli di kedai kebab yang hanya 5 minit je berjalan kaki dari hotel. 

    Sepanjang suami kerja keesokan harinya kami anak beranak jalan kaki ronda satu Lyon. Lepas breakfast tengok orang orang di sini. Sini aman dan tak ramai orang. Rasa selamat dan puas jalan. Adik adik ada kirim bag jadi aku belikan di departmental store yang dipanggil printemps.


Duk keluar masuk kedai ni je sepanjang suami kerja. Mula check harga, balik bilik kira berbaloi tak kemudian belikan untuk adik adik yang pesan tu..

Antara beg beg yang dijual di sana.


Longchamp ada 40 percent discount still tak mampu beli..


Furla 140 euro. ada 50 percent discount jadi 70 euro dalam rm350 duit kita.

    Lepas shopping bawak anak anak pergi tangkap gambar dan berjalan. Reward sebab sanggup teman mak sehari suntuk.. hihihi..


Kedai kasut anak walaupun ada discount 70 peratus tapi harga kasut rm100 duit kita.. sigh..


Cantik kan Lyon?




Nampak belakang tu mak tengah hantar anak ke sekolah.


Ini dekat fountain dia.. cantik je rasa..


reward ice cream 3.5 euro.. mahal kot! dalam rm17 satu.. 


panas dan berangin.. suhu waktu ni dalam 36 darjah celcius..

keesokan harinya kami tour naik bas bersama suami. tak berani nak naik bas dengan anak anak tanpa suami sebab risau anak anak buat hal atas bas. Bas mahal juga dalam rm90 satu orang dan rm40 kanak kanak tapi time kami naik bas tak perlu bayar sebab driver kata free..

Mostly driver bas dan taxi muslim jadi bila dia nampak je kita pakai tudung dia kan bagi salam dan dapat diskaun.. memang syok la.. jimat duit.. kanak kanak dah rm40 kali dua dah rm80! syukur alhamdullilah. Suami sebut nasib baik bawa awak kalau tak mereka tak tahu abang ni muslim.. rezeki daripada Allah. Alhamdullilah..


    Ini tempat tourist information building. Orang sini kebanyakkan tak suka dan tak pandai cakap bahasa inggeris. jadi ada masalah juga nak bercakap dengan mereka. Macam ayam cakap dengan itik. Tapi disebabkan aku ni outspoken tunjuk sign language dah faham dah. Aku siap download french translator lagi untuk faham apa yang mereka cakap. Tapi masalah pula kerana aku tak buat roaming. Mahal kot. Rm35 sehari. Internet ada dekat hotel tapi once keluar hotel dah problem tak reti nak cakap bahasanya.

    Lepas tu kami ada masalah nak withdraw duit. pi ATM tak boleh. At last pergi HSBC dekat tourist building ni baru la boleh keluarkan duit. Kami pakai maybank. Kena call service centre untuk activate card dan tukar limit kot kot la nak shopping sakan.. Kami banyak pakai debit kad sebab takde cas. Kalau pakai kredit card kenacas 2.25 percent. banyak tu!

    Lebih baik tanya bank betul betul agar tak kena extra cas tak pasal pasal kan? Lagi satu tips kalau nak dapat diskaun naik bas better bayar dkt driver bas. Kalau pergi tourist building dia cas semua. rugi rugi.. itupun counter yang cadangkan kami bayar terus ke driver.. ni gambar dalam bas.


    Ini dalam hop on hop off bas. Dia akan bagi headphone untuk dengar penerangan tentang tempat bersejarah.


    Ini gambar dalam teksi. Semua orang wajib pakai seatbelt. Lepas tu kalau kami berlima kira naik kereta besar. tak boleh naik teksi biasa kalau tidak kena denda. Tegas jugak orang orang teksi sini. Padahal baby pun dia kira 5 orang juga.


Nampak tu anak aku duk dengan je headphone tu.. faham tak faham tak tahu la kan? hihihi


Salah satu cathederal di Lyon. Time ni tak turun sebab perut lapar. Rasa rugi pulak tak masuk dalam.. 



Banyak betul kedai kat sini.. nasib baik duit tak banyak.. kalau tak..


Bandar lama Lyon. Naik hop on hop off dia lalu la.. memang cantik sangat..


Ini pasar pagi dia. Kami tak turun sebab nak kejar train petang tu ke Paris pula.. Ok Paris cerita dalam part 4 pula ya? terima kasih sebab sudi membaca..















No comments:

Post a Comment