Sunday, May 30, 2010

babysitter

Ni aku nak cite, minggu lepas aku pegi la jumpe dengan bakal pengasuh anak aku.. nama dia kak siti.. aku tak kenal dia tapi cikgu2 dkt sekolah yang reccomend dia dkt aku.. aku pun tak fikir panjang sbb ingat senang sbb rumah dia depan sekolah dan aku senang nak tgk2kan anak aku dan kalau berkesempatan, aku leh menyusu dia bila ada waktu lapang..

Aku pun pegi la jumpe dia.. suami dia NYDP PIBG.. nampak okey.. husband and wife cume aku tak berape berkenan dengan kak siti.. no offense here tapi aku mula rase tak bekenan bila aku cakap aku nak breast feed secara exclusive iaitu tanpa menggunakan susu formula.. hanya susu ibu.. dia terus cakap mana cukup.. kena campur jugak.. punye la aku begang!!! tak kisah la org lain nak bagi susu ape pun, yang penting, aku dah siap beli peti ais besar harga beribu dan pam susu yang dkt seribu dan dah pam berpacket2 susu dia ckp susu aku tak cukup!!! begang babe!! aku mula tak sedap hati.. dia siap letak syarat kena sukat betul2 la susu ibu tu takut tak cukup, nak aku beli dan sediakan flask utk pananskan susu ibu tu.. nak katil la sebab dia seboleh2 nak letak anak aku dalam buai.. aku memang tak suka buai.. bahaya kalau anak aku terhentak kepala dkt lantai.. dia cakap kalau dia leh tido sendiri takpe la.. mane ada baby yang boleh tido sendiri!!! dia lak siap pesan kat anak bongsu dia umur 5 tahun, lepas ni tak leh lari2 lagi.. takut terpijak baby.. isk.. seriau aku dgr..

Yang aku tak tahan mintak RM200 tapi siap sebut byk kali kalau lebih lagi bagus.. dah la banyak songgel, pastu nak kita bayar byk2.. come on la.. aku hantar umah dia pun separuh hari je sebab aku cikgu.. dari kul 12 sampai kul 6.30 ptg.. org lain hantar full day pun byr RM250 jek.. ada yang RM200 jek sbb kawasan kampung.. aku mmg hot dgn dia.. aku pun bincang dgn am.. dia ckp try dulu.. aku dah rase tak sedap hati.. aku tanye mak aku, mak aku kate, kalau rase tak sedap hati, jgn hantar..

Aku pun bincang elok2 dgn laki aku.. kitaorang decide nak tanye jiran bawah umah aku... nama dia kak Nah.. dia ckp dah ada 2 org booking anta anak dia.. tapi sorang due bulan 8.sorang bulan 11.. so dia leh jaga anakku kejap sampai bulan 10.. kira ok la kn? dah la dia jenis nak dgr kate. tak demand.. tanye byr berape dia tak kisah.. yang penting dia sanggup bagi anak aku susu ibu.. pastu tak pakai buai.. alhamdulilah.. syukur.. aku cadang nak byr je rm200.. lebih pun takpe janji anak aku selamat dan disayangi..

Baik kate jiran rumah lagi satu kaka nor, bimbang antar anak ke pengasuh.. kita mmg kena demand.. aku cume berdoa biarlah semuanye ok dan selamat..

Tuesday, May 4, 2010

Shopping Online..

Ku tak sangka bahawa shopping online sangatlah best.. aku beli mcm2.. ice pack la, breast milk bottle la, plastic bag for breast milk la, cooler bag la dan macam2 lagi.. sedar2 duit dah habis.. tapi cepat betul dia sampai.. order hari ni esok terus dapat, providing u pay online dulu la kan.. ini kali pertama aku cuba beli online..

Aku harap tak la addicted lepas ni.. takut jugak sbb kita browse dkt internet n kalau berkenan terus beli.. aku pegi website malaysia jek.. seperti www.momslittleones.com, www.sarakids.com dan macam2 lagi.. maklumlah dah jadi ibu, jadi shopping pun benda2 baby la.. seronok gak..

Okeylah, tak leh tulis byk2.. nanti baby bangun nak susu.. nanti aku update lagi ape yg aku buat semasa cuti n pantang ni.. boleh buat benda yg pelik2 waktu pantang.. tgk la ape lagi hobi aku lepas ni.. hehehe..

Saturday, May 1, 2010

Breast Pump

Hari ni masuk hari ke 25 aku pantang.. tapi tak pantang sangat pun.. semalam aku sempat pegi uptown ke anakku dan baby land. konon nak cari buai, tapi beli breast pump pulak.. aku sebenarnye dah lame pasang niat nak fully breast feed anak aku. aku tak nak campur.. jadi aku pun beli la pump susu jenama little bean seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah..


Pump ni punye la bising sampai anak aku menangis dengar bunyi macam orang mesin rumput.. abang aku lak ingat kan ada orang mesin rumput malam2 buta.. mesin ni leh gak pump susu tapi lambat jugak nak keluar susunye.. nak kena sabar.. 10 minit baru dapat 1 ounce.. tensen tul.. aku mula la demotivated. Pastu semalam aku pegi shopping dkt anakku dan babyland dkt uptown. Aku pegi anakku tak best pun.. cina counter tu asyik borak jek.. aku pun kalau org tak layan, aku malas nak beli jadi aku pun pegi babyland dkt uptown gak, cina dkt situ baik, dia recommend aku guna brand terbaru dari spectra 3.. Uni Mom Allegro nama brand dia.. dia kesinambungan spectra 3 and 7 sebab dia boleh pakai bateri, yg spectra 3 and 7 tak boleh.. ni gambar breast pump tu..

Yang best pump ni dia boleh pump 2 breast dalam satu mase.. senang, mudah dan cepat.. suction dia pun menyerupai baby.. tak sakit macam little bean tu.. harga dia mahal sikit la RM338 tapi kena tambah rm70 untuk pump lg satu.. kira rm400 gak la.. tapi berbaloi dari beli murah tapi sakit and tak byk susu keluar.. yg ini aku pakai, dah la tak sakit, susu lak dalam 5 minit dah kuar dgn byknye.. gembira rase hati.. aku mmg nak sgt susu badan fully.. korang semua doakan aku ek supaya aku kuat semangat nak susukan anak aku..
Aku baca forum mengenai susu ibu pun dia ckp nak fully breast feed bukan senag, kena ada displin dan kemahuan yang tinggi baru leh buat. Aku siap nak beli peti ais baru sebab nak stok susu ibu.. bukan murah aku tau tapi demi anak aku, aku sanggup berkorban ape saja.. nasib baik am suruh nyusu badan.. kira aku nak jadi mcm wardina la.. keje pun tetap leh nyusu badan.. ;) okeylah, anak aku lapar tu.. nak kena tgkkan jap.. ciao..