Saturday, October 3, 2009

2 Bulan sehingga tamat KPLI

Tak sabar rasenya nak tunggu 2 bulan untuk habiskan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ni.. Sebelum ni terasa tersangat lah lama. tapi bila dah masuk bulan Oktober ni, terasa masa berlalu begitu cepat... Bulan 11 ni exam pulak.. Dah la habis praktikal, masuk Institut terus listening test. Dengan tak prepare ape-ape pun untuk test tu. Alhamdullilah okey cuma radio yang digunakan agak perlahan.. Terpaksa pindah kerusi dan singkap sikit anak tudung tu tapi tudung still pakai.. Nasib baik dah biasa dengan orang putih bercakap dalam drama atau movie. Kalau tak, haram tak faham gak apa yang diperkatakan.. Exam tu agak susah sebab kena isi tempat kosong tanpa pilihan jawapan.
Text tu berkenaan 'oil'.. Patutlah member cakap listening and oral test tersangat lah susah.. tapi yang paling susah sekali final exam.. Personification lah, literature lah.. memang semua soalan tersirat.. hari tu buat past year question pun tak leh nak jawab... susah ni.. bimbang pun ada.. KPLI ni lain sikit.. dia tak ada exam sampai final exam.. Dia based on project work, attendance and participation in the class.. Kalau dapat lecturer yang tak berkenan dengan kita, habis lah markah untuk subjek tu.. Aku harap dapat lah score jugak untuk KPLI ni.. Memang tension habis waktu ambik KPLI ni tapi 4 kali jugak apply dan kali keempat baru dapat masuk. Kira bertuah jugak lah..
Ada orang 5 kali pun tak dapat.. Seronok jadi cikgu ni sebab budak banyak sayangkan kita dan mendoakan kita. tu yang paling penting.. bukan senang nak bentuk seorang insan.. Aku harap dapat menjadi seorang cikgu yang dapat berbakti dan mengubah pelajar menjadi seorang insan yang cemerlang.. insyallah..
Aku rase KPLI banyak mengajar aku erti kesabaran kerana terus terang aku katakan, aku tak rase pun nak pergi kursus ni sebab tak nak jauh lagi dengan suami.. sebelum ni duduk dekat Kuala Lipis, Pahang. Ditambah pula dengan arwah ayah yang meninggal waktu orentasi.. The sad part was, I was the only one yang dapat tengok muka ayah dan mandikan ayah.. Adik beradik yang lain semua tak sempat.. Kebumi mayat 5 minit sebelum adik beradik yang lain sampai.. sedih jugak.. kekadang teringat waktu tu.. dah la sorang-sorang jek dekat hospital tu. Lepas tu kena perli dengan family ayah sebab tak datang tengok ayah.. sedih sangat.. masa tu memang rasa tak nak sambung kursus tu tapi atas desakan suami, aku teruskan jugak dalam keterpaksaan.. Thanks abang.. tak mungkin saya dapat teruskan kursus ni kalau abang tak paksa dan bagi dorongan pada saya...
Macam-macam yang berlaku sewaktu aku ambik KPLI ni tapi aku bersyukur sangat sebab Allah telah mudahkan segalanya buatku.. Sesungguhnya aku tak sabar nak habiskan KPLI ni.. Alhamdulilah..

No comments:

Post a Comment