Thursday, December 3, 2009

Interview ku teruk!!!

I am so happy to end this KPLI.. It was sad but I was too excited to go back home to my husband's arms.. cewah... macam la tak selalu jumpa.. padahal tiap2 minggu balik.. tak kira lah mengandung ke tak.. janji tak mahu duduk ipoh lama2..
Semalam baru je pergi interview SPP untuk sah jawatan.. ya allah.. ada ke patut I nearly cried in the interview room? memang orang yang menginterview tu sangat sinis dan suka buat muka tapi pada ketika tu, terasa baby dalam perut menendang dan terus rasa sedih dan air mata bertakung.. memang la tak nangis tapi mesti interviewer tu boleh tahu yang saya nak menangis.. kelakar pun ada.. bukan lah teruk sangat diaorang tu cuma mungkin terasa diri ni bodoh sangat.. semua dia tanya tak dapat jawab..
Bayangkan lah, kita hafal segala falsafah pendidikan kebangsaan, pelan induk pembangunan pendidikan dasar2 kerajaan dan lain2 dalam bahasa malaysia, dia pulak pergi tanya kita dalam bahasa inggeris.. tahu, memang saya opsyen bahasa inggeris tapi kalau dah hafal bahasa melayu, memang la kita ternganga bila dia translate dalam bahasa inggeris dan mind you, englis diaorang pun teruk.. entah pape entah translate english.. Nak objective tapi dia maksudkan learning outcomes lah. nak taksonomi bloom tapi dia cakap lain lah..
Tension betul.. frust jugak sebab encik yang interview tu siap cakap lagi.. tak kan tak tahu, orang pencen pun tahu benda ni.. masalahnya encik, saya hafal dalam bahasa melayu, bila saya cakap bahasa inggeris, encik pulak tak faham.. maklum lah, english saya kan superb!!
Kenapalah kan interview kerajaan kena teruk? padahal memang kalau ikutkan syarat, guru opsyen bahasa inggeris memang kena interview dalam bahasa inggeris akan tetapi, bahas melayu juga perlu dititik beratkan.. ini tak, semua dalam bahasa inggeris.. bila kita cakap dalam bahasa inggeris, dia pulak tak faham. macam mana ni?
Tak tau lah, saya cuma tawakal je kepada allah taala.. kalau ada rezeki baby dalam perut, lulus lah agaknya interview tu, kalau tak, repeat balik lah jawabnye.. haru haru.. Saya cuma doakan agar encik tu akan sedar bahawa tidak baik menindas orang yang lemah.. life is like a karma.. what you give, you get back.. bila benda ni terjadi, saya rasa bersyukur jugak. sekurang-kurangnya saya muhasabah diri balik.. ingat allah dan jangan terlalu yakin pada diri sendiri.. allah lebih berkuasa.. kita hanya lah hambanya yang lemah..

No comments:

Post a Comment