Tuesday, December 22, 2009

Alhamdulilah..

Alhamdulilah.. syukur sangat kepada Allah swt.. banyak dah dia bantu saya sejak dua menjak ni.. pertama sekali rase syukur sangat dapat jadi pelajar cemerlang dalam keputusan Kpli baru-baru ni.. tak sangka pulak boleh cemerlang.. ye lah kan.. dulu tak pernah belajar rajin-rajin.. UPSR,PMR dan SPM semuanye dapat cukup2 makan.. matriks tak payah cerita la.. seronok sangat duduk jauh dengan family keputusan memang cukup makan.. nasib baik lepas jugak masuk universiti.. teruk kan?

Mase dekat UKM pun, konvo dengan 2.92 jek.. tak pernah merasa 3.00.. yelah.. adik beradik kita semuanya pandai2.. tak macam kita kan? alih2 dapat lak 3.52 untuk KPLI ni.. rase macam tak percaya pulak.. pandai jugak aku rupa2nya ek? hehehe.. masuk bakul angkat sendiri nampaknya.. kelas aku hanya 6 orang dari 17 orang yang dapat cemerlang.. entah lah.. aku rase ni sebab pengorbanan aku selama ini kot.. mula2 nak masuk kpli ni jek, aku dah apply 4 kali.. kali ke 4 baru dapat.. bayangkan.. 4 tahun menunggu.. tu la.. dulu tak nak belajar rajin2.. tak dapat mintak course yang diminati..

Ada orang penah cakap dengan aku, kalau sesuatu yang kita nak dan payah nak dapat, mesti akan menghasilkan kepuasan apabila di puncak menara gading kan? aku akui jadi pelajar kpli ni bukannya senang.. tambahan macam2 aku lalui.. pertama sekali pemergian ayahku, dan seterusnya.. tapi aku rase pepatah inggeris pernah mengatakan, what don't kill you, only makes you stronger.. kuat kah aku? Ah! kekuatan itu semuanya datang daripada allah taala.. jikalau dia izinkan, insyaallah kita mesti akan kuat.. yang penting, kita lupa padanya..

Aku juga bersyukur kerana diberi penempatan di negeri Selangor.. selama ini sejak kahwin, aku duduk di pahang, perak dan tak pernah sebumbung dengan suami.. aku sangat berharap agar sekolah yang bakal aku dapat berada berdekatan dengan rumahku agar kami tidak lagi berjauhan macam dulu.. aku redha atas segala yang allah telah tentukan buatku.. aku percaya, ada hikmah disebalik segalanya..

Kadang kala, aku rase, ini adalah rezeki anak yang bakal ku lahirkan bulan 4 tahun hadapan.. aku berdoa agar dapat memberikan sepenuh kasih sayang dan ilmu agama kepada kandunganku ini.. kekadang terfikir jugak, mampukah aku menjadi ibu yang baik? aku harap aku mampu.. demi anakku ini.. aku kira, anak ku ini sumber kekuatanku.. bayi ini begitu memahamiku.. tidak menyusahkan aku.. aku harap dia menjadi penyejuk mata dan penawar dihatiku..

Sekali lagi, alhamduliah ya allah.. di atas segala rezeki yang telah engkau kurniakan buatku.. akan ku teruskan perjuanganku sebagai hambamu di muka bumi ini.. insyallah..

No comments:

Post a Comment