Monday, February 15, 2010

Antenatal Class

Hari sabtu lepas saya pegi dengan Am ke kelas Antenatal... Kepada sesiapa yang tak tahu ape tu kelas antenatal, ia adalah satu kelas yang mengajar kita cara-cara bersenam, persediaan kelahiran, cara mandikan bayi dan macam2 mengenai hal ibu dan anak.. lebih-lebih lagi ibu mengandung.. kelas ni selalunya dihadiri oleh ibu dan bapa yang menantikan anak sulung mereka..

Memang mulanya malas nak pergi tapi bila nurse cakap ia dapat mengurangkan ketakutan saya untuk melalui proses bersalin, terus jek saya setuju.. Bayaran pun tak mahal.. RM80 ringgit per couple.. makan pagi, tengahari dan minum petang disediakan.. cuma saya nak bagi nasihat, kalau makan pagi baik makan diluar sebab dia bagi kuih 2 bijik jek.. orang mengandung macam saya mane cukup.. hehehe.. kelas bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang..






Am pulak cukup supportive sebab sanggup pegi kerana malam sebelum tu dia keje sampai kul 12 malam.. pengorbanan seorang suami tak akan ku lupakan.. thanks abang.. ;)




Apa yang buat saya rase seronok pegi kelas ini ialah kerana pendedahan kepada bilik yang akan saya bersalin nanti.. jadi saya takdelah cuak sgt nanti.. sesungguhnye saya sangat takut nak bersalin.. macam2 cerita saya dengar tapi ada kakak tu penah cakap, ape2 yang berlaku mase bersalin nanti kita kena redha.. sakit pulak adalah benda yang kita tunggu.. tak sakit, tak tau pulak nak bersalin kan?




Nervous gak nak tunggu bersalin ni.. sekarang dah 33 weeks iaitu lebih kurang lapan bulan tapi kalau ikut kiraan doktor, kita bersalin 40 minggu tapi 40 minggu bukannye 9 bulan kan? takpe la.. just doakan saya ek? moga2 senang nak bersalin nanti.. insyallah..




No comments:

Post a Comment